Thursday, December 30, 2004

To google or not

Ada insan menegur tentang penggunaan perkataan dalam blog aku.

Aku ada guna perkataan "googled" dalam entry terdahulu. Secara amnya, aku maksudkan "mencari sesuatu kat Google.com". Tapi kata insan tu :"google" is not a verb. The word does not appear in the dictionary at all!

Alamak, I have offended a linguist :p. Alaa…could you please treat it as a neologism. Err...neology or generonym? Entah, aku pon keliru.

Rasanya banyak perkataan yang tak ada dalam kamus, tapi diterima-pakai dalam penulisan dan terutamanya pertuturan. Antara perkataan yang selalu aku songlap:

"Nak pegi beli colgate" (sebenarnya nak beli ubat gigi...tak kira ler brand Colgate, Darlie etc)

"tolong xerox dokumen ni" ("tolong fotokopi/buat salinan dokumen ni"...hmmm, aku tak pasti samada xerox dikira neologism ke tak, sebab aku rasa perkataan ni ada dalam dictionary. Tapi, Xerox tu sebenarnya satu brand photocopy machine kan, kan?)

"naik escalator hingga Tingkat 3" (Do you know that at one point of time, escalator was actually Escalator. Escalator is a brand name...huhu)

"nanti ke supermarket, belikan Planta" (margerine).

"Mak, Melah nak chikedis!" (ni generonym yang aku selalu sebut masa kecik kecik untuk semua junk food)

Aku jumpa neology ni --> "ignoranus" masa aku googled. Maksudnya: someone who is both stupid and an arsehole. Macam best aje untuk aku gunakan nanti. Okaylah... I have googled until I couldn't google anymore. Anyway, who googled me?

7 Comments:

Blogger Aku Tak Reti said...

Kalau orang tu baca blog aku lagi lah...alamatnya pakar bahasa malaysia/inggeris menangis keluar darah.

akumemangtakreti.

December 30, 2004 2:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

hey, that "linguist" should know that language is always evolving. There are new words added to the English Dictionary (tak kira lah mana satu), each year. Google is one of the new words being used, and it can be a noun, or a verb. Maybe it could even be used as an adjective?

"Songlap" tu dari perkataan apa ya.. :)

dusyum.fotopages.com

December 30, 2004 3:35 PM  
Blogger hana_kirana said...

Mmm, banyak lagi contoh yang boleh kita buat. Contohnya:

"Saya nak makan Megi (Maggi)"
Maksudnya nak makan mi segera. Tak kisah lah Maggi ataupun PaMa ataupun Cintan.

"Weh, belikan aku Soflan"
Maksudnya pelembut fabrik. Tak kisahlah Petals ataupun Daia ataupun Comfort.

Maksudnya di sini, menjual nama brand tu sebenarnya amat penting bagi strategi pemasaran. Sehingga orang ramai seolah-olah tak tahu nak menyebut perkataan asal yang refer kepada apa yang dikehendaki. Macam contoh Maggi di atas. Banyak modal dilaburkan untuk memastikan nama brand tu kekal atau berada di dalam fikiran orang ramai, bagi mengatasi produk-produk yang sama keluaran syarikat yang lain.

Sekian lah kelas strategi pemasaran untuk hari ni. :)

*Ada Apa Dengan Nama?*

December 31, 2004 9:15 AM  
Blogger Ramlah MS said...

haaa linguist...dengar kata dusyum tu..."language is evolving"...lest you dont know, nowadays "wallpaper" doesnt only mean the material you cover a room’s walls with...your PC has a "wallpaper" too :p

December 31, 2004 9:42 AM  
Blogger Ramlah MS said...

testing...testing...apa dah jadik dgn comment box aku ni?

kenapa aku tak boleh baca comment aku...kenapa ada 2 comments aje yg leh aku baca?

December 31, 2004 10:36 AM  
Blogger Ramlah MS said...

hana,
wahhh...ada megi yg brand PaMa ke? tak tau langsung

ada jugak company yg tak berapa suka product brand dia ter"dilute"

dusyum,
songkhla,songtam...songlap-bahasa siam lerr agaknya ni..hihi

akutakreti,
perkataan kat blog aku lagi tunggang langgang ...sure pakar bahasa nak menangis pon, kena perah air mata

December 31, 2004 2:39 PM  
Blogger Guzz said...

Sebenarnye, perkataan Google and kata terbitan dari google such as googling and so on telah pun dimasukkan dalam latest Oxford Dict. Sila rujuk kepada latest edition of Oxford Dict(Advanced Learner). 'Jedi'(star wars) pun sekarang dah masuk dalam dict, apatah lagi google?!

January 22, 2005 5:20 PM  

Post a Comment

<< Home