Tuesday, January 04, 2005

my techno-savvy mak

Weekend baru ni, aku tengah tengok TV kat living room...mak aku pulak tengok TV dengan adik aku kat bilik adik aku. Tak tau cerita apa yang diaorang tengok, tapi nampak dari jauh macam mak aku terpegun. Jakun pon macam yer gak. Adik aku pulak sekejap badan mengereng ke kiri, sekejap ke kanan.

Mula-mula aku tak lah crious sangat, tapi lepas beberapa minit dengar mak aku ketawa kecil. Pastu dengar macam geram. Pastu dengar macam mendengus. Badan pulak macam dah tak tentu arah. Ehh, cerita apa yang diaorang tengok ni? Aku pon jengah bilik adik aku.

Masya-Allah. Kat tangan mak aku ada joystick PS2. Kat skrin TV, kereta tengah racing satu sama lain.


Aku: main game?!

Adik aku: hihihi...jom aaa. Adik baru beli PS2 ni

Mak aku: canggih betul ehh sekarang ni


Aku rasa mak aku tu cuma curious dengan benda baru. Kadang-kadang aku kagum gak dengan dia. Walaupon dah hampir mencecah 60 tahun, dia pandai hantar email, pandai melayari internet, pandai godeh-godeh DVD. Sekarang pandai main PS2 pulak :D. (Aku harap sangat-sangat ni bukan hobi terbaru dia)

Tapi kadang-kadang ada mak yang techno-savvy ni, ketar gak aku. Sebab tu aku make sure setiap kali nak disconnect dari internet, aku mesti delete webpage history. Takut kang dia terjumpa website apa yang aku jengok...huhu.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

err mak ada blog tak?

dusyum.fotopages.com

January 05, 2005 9:01 AM  
Blogger Ramlah MS said...

mak aku tak de blog...lagi

January 05, 2005 9:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

dah ada, nanti, sila link ya... :)

dusyum.fotopages.com

January 05, 2005 11:22 AM  
Blogger hana_kirana said...

cayalah! :)

Btw, website apa yg dibukak tuuu? hehe

January 05, 2005 12:12 PM  
Blogger Ramlah MS said...

dusyum,
aku rasa NANTI tu tak akan muncul tiba

hana,
websites biasa biasa aje :)*feign innocence*

January 05, 2005 12:35 PM  

Post a Comment

<< Home