Tuesday, November 29, 2005

Lari dari rumah: prologue

Sebelum aku cerita tragedi lari dari rumah, aku nak berterimakasih kepada 2 manusia yang meninggalkan comment di comment box aku. Mungkin 1878 lain yang mengunjungi blog aku tapi malas nak tinggal komen sebab yang lain tu mungkin tersesat kat blog aku lepas carik perkataan lucah. kah kah. Mungkin juga hanya 2 orang tu aje yang mengunjungi blog aku. Ini menunjukkan bahawa blog aku dikunjungi juga walaupun oleh orang yang tak ada kerja selain kerja perabihkan letrik company hihi. dan juga orang yang asyik merantau (atau mungkin kena halau dari Malaysia) yang tetiba tup tup dah ada anak (bila masa pakcik ni kawen haa? frust aku kah kah)

Aku dengan bersemangat kental telah pergi ke Low Yat untuk beli modem baru hari ini. Berbekalkan duit raya yang tak aku distribute pada anak buah entah sesapa, dan juga duit saving aku, serta gaji bulanan aku yang seto'et itu, dapatlah aku bergolok gadai beli modem baru ini. Semoga modem baru ni tahan petir, panas mentari, angin, kulat (dah macam iklan cat pulak dah)


Oh yea, lari dari rumah...

Satu ketika dulu aku ada buat ujian sahsiah dari SPA. Kenkonon dulu nak jadik pegawai PTD sebab aku ingat semua pegawai PTD ni kerja dengan Wisma Putra hihi. Kunun-nya nak kerja dengan kedutaan... kunuuuuuuuun lah.

Salah satu soalan dalam ujian sahsiah tu ialah:

Adakah anda pernah terfikir untuk lari dari rumah?

Aku gelak kecil bila baca soalan tu, apa kebenda punya soalan nih. Soalan macam ni pun ada ke? Dah sah sah aku jawab TIDAK... pada masa itu.

Itu aje lah aku punya prologue untuk post aku "Lari dari rumah". Nanti aku sambung dengan Epilogue pulak yer.

18 Comments:

Anonymous Anonymous said...

akaka..mcm citer Pontianak aje ada prolog monolog ni.

semoga modem baru itu mendapat kehidupan yang sejahtera..

kalau hang ada anak pompuan nanti mesti boleh kasi kenal punya dengan anak pakcik tu!

November 29, 2005 8:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

aku pon bedoa modem baru aku mendapat kesejahteraan dan kedamaian abadi

anak pakcik tu hencem weii, aku rasa ikut muka mak nyer kot.. kih kih.. memang nak kasik kenal anak pompuan aku kat anak lelaki dia, tapi masalahnya aku kena buat anak dulu...

hang sape?

November 29, 2005 12:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aku tinggalkan komen ni pasal aku pun baca blog ko. Asyik2 gambar cincin jer keluar. Modem rosak rupanya. Lepas ni bak mai story pasai epilog dia pulak.

November 29, 2005 5:07 PM  
Anonymous Anonymous said...

aiseh aku lupa tulis nama.

dusyum

November 30, 2005 10:39 AM  
Anonymous Anonymous said...

Mensh,
mekacih kerana meninggalkan komen, lagi afdal kalau hang dpt meninggalkan duit raya ke, geran tanah kat aku..kih kih

epilog menyusuuuullllllllllll

November 30, 2005 9:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

kepada yang meninggalkan komen " aiseh aku lupa tulis nama" tuuu, ... ooooo hang rupanya, bakal besan aku..kah kah

November 30, 2005 9:30 PM  
Anonymous Anonymous said...

aku waktu sakit dulu pernah buat larian merdeka masa hari raya.

December 01, 2005 2:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

sakit-sakit pon ada hati nak lari..sungguh kurang sopan.. kah kah

December 02, 2005 10:13 PM  
Anonymous Anonymous said...

err..bile nak buat sambungan nih??


~kirana~

December 08, 2005 4:01 PM  
Blogger lolita said...

Uwaaa jahat siot kak melah kutuk aku balik deepavali.anyway aku teringat satu soalan JPA masa kursus psikologi before fly datang UK ni :

-Anda pernah mengumpat?
-Adakah anda rasa bersemangat apabila melihat bendera malaysia?

dan sebagainya.hohoho.eh kak melah ko dulu uni mana ek? dengar cerits UK gak kan?

December 15, 2005 1:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

kirana,
aaa..tuu tuu..atas tuu, dah sambung dah

nasrul,
soalan-soalan psychology tu nak tahu ko psycho ke tak.. kalau psycho, dia pi halau kuar malaysia macam ko sekarang ni lah...huahuahua

Univ aku duluk kat the land of Hope and Glory, Glory Man Utd ;;)

December 15, 2005 8:45 PM  
Blogger lolita said...

Oh orang North rupanya!! Asal ko takde rupa orang 'sebelah sana' ek? musykil nih...

December 16, 2005 2:01 AM  
Anonymous Anonymous said...

nasrul,
North West.. tee hee

apa maksud ko "takde rupa orang 'sebelah sana' "? ...rupa aku rupa orang sebelah sini ler, dah aku melayu totok.. keh keh

December 16, 2005 5:32 PM  
Blogger lolita said...

ngeh ngeh ngeh

bukan ape, coz kan 'orang orang melayu sebelah sana' sangatlah alim.bukan ko tak alim, ko orait je, cuma ada elemen 'rock' campur 'dangdut' sikit.hahahahahaa.ya hampunnnn!!

bosan siot cuti krismas nih.nak balik msia mahal sangat :(

December 16, 2005 7:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

ooo.. aku ingatkan paras rupa

tak tahu pulak ada perception gitu kat orang "utaghaa"... tapi bila ko mentioned, tetiba terfikir gak aku... sebab dulu aku ingat ada MSM (tak tahu ada lagi ke dak)... kawan aku siap "dikawenkan" dengan ahli MSM... aku ingat lagi tiap tahun, depa mesti ajak aku join perjumpaan MSM... tapi apsal aku tak pernah pegi ekk?... mungkin betol lah ko kata, aku ni dangdut...hampas kelapa parut!

ko balik india lah, murah sikit... hua hua hua

MSM: Majlis Syura Malaysia (bukan Maktab Sains Mara)

December 16, 2005 8:49 PM  
Blogger Nore said...

wakakakakakakaak...best kak melah...best!!!

aku dah ckp nasrul..balik india sudah...takyah waste duit balik msia...wakakakakakakaakakka

December 17, 2005 2:54 PM  
Anonymous Anonymous said...

NoRe,
hihihi(aku sekadar ketawa kecil)
ko ni kalau mengketawakan mamat tu Nombor Satu ehh..

korang berdua ni macam compatible lerr... err, korang tak teringin ke bercinta?... Wakakakakakaka (aku sekadar tumpang bahagia)

December 17, 2005 10:16 PM  
Blogger lolita said...

Hahaha...kak melah, si nore tu rindu kaum kerabat dia nun kat africa nun...tu sibuk dok kata kat orang tuh.haha.

eh kitorang tak sesuai la nak bersama.sebab aku eurasian.dia african.hahahahahahah.

MSM tu majlis syura muslimun kan? ada member aku join diaorang punya tour etc.wuii mahal.baik aku simpan duit shopping.LOL.

Christmas dah dekat.boxing day makin menjelma.tapi aku dah pokai ...huwaaaaaaaaaaaaa.....

December 20, 2005 8:28 PM  

Post a Comment

<< Home