Monday, April 25, 2005

INTERPOLATION! pls help me!

Siapa-siapa yang genius Maths kat luor sana, baik mengaku cepat.

Sebelum tu, dengan tak malunya aku nak ngaku bahawa sesungguhnya aku memang sengal bila bab-bab mengira ni. Mathematics aku memang menyedihkan. Sampai sekarang adik aku gelak-kan aku sebab Add Maths aku cuma C4 aje. Memang mencacatkan result SPM aku, hudoh betul. Tapi sebenarnya aku cukup bangga, sebab...sebab sebelum tu Add Maths aku selalu dapat p7, atau p8...wagaga. (tak nak ngaku dapat F9 ke, Melah?). Aku memang seram dengan Maths.

Woit, sapa ingat macamana nak buat interpolation? Aku nak mintak tolong ajarkan. Dulu ada belajar masa terpaksa amik Pure Maths & Statistics, A-Level, tapi aku dah lupa camana nak derive. Aku ada exam minggu ni, malangnya satu sub-topic tu ada kena-mengena dgn interpolation. Siot betul Study Guide tu, buat otak aku bercelaru.

Ni contoh soalan yang sedang menghantui hidup aku:
discount rate: 3% ---> bond price: $118,586.80
discount rate: 2% ---> bond price: $122,841.60
discount rate: x% ---> bond price: $120,000.00

Macamana nak carik discount rate x% guna interpolation? x% berada di antara 2% - 3%. Study Guide tu ada kasik jawapan, x% = 2.67. Tapi aku nak tau formula interpolation macamana. Macamana dia dapat 2.67%?

Tolong aku untuk menghadapi cabaran hidup ini. Tolong selamatkan aku dari tragedi yang sungguh mengerikan ini. Aku mintak tolong wei!

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

camni kiraan ye,

(x-2)/(3-2) = (120,000 - 122,841.60)/(118,586.8 - 122,841.60)

(x-2)/1 = -2,841.6/-4,254.80

x-2 = 0.667
x = 2.667.

April 26, 2005 10:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

wah hebat!
anyway, camana nak determine 2 atau 3 atau satu?
(x-2)-> mana datang dua?

sekian dari seorang yang fail add math nya.

dusyum.fotopages.com

April 26, 2005 10:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

ondeonde,
wow! tabik spring...thank you so much!!!. ini-lah formula yang kucari-cari...yehaaa, hidup ku dah kurang tragis

dusyum,
2,3 tu sebenarnya dari contoh soalan i.e discount rates 2%, 3%. thus "2" dari (x-2)tu ialah 2% drpd contoh soalan

April 26, 2005 9:31 PM  
Blogger tipahvogue said...

agagagaga...tipah leh nganga ja la...
tak pernah amek pon subjek add maths!! muahahahaha

April 26, 2005 9:46 PM  
Blogger Ramlah MS said...

tipah,
amboi luasnya nganga...badak sarkas pon boleh masuk..kih kih kih

April 27, 2005 12:03 AM  
Anonymous Anonymous said...

lain kali jumpa interpolation, kacang lah kan? sama2 kasih!

April 27, 2005 4:16 PM  
Anonymous Anonymous said...

ondeonde,
insya-Allah, kalau jumpa interpolation akan datang sure kacang rebus..nyum, nyum....laju jer aku sental

arcahijau,
halamak...aku baru check. al-maklumlah email tu mmg jarang dibukak.
thanx arcah for the tips...nampak lagi clear bila tgk kat spreadsheet

---

exam tadi, tak de pulak kuor interpolation ni...yg kuor ntah hapa-hapa, mengigau aku malam ni
-Ramlah MS-

April 28, 2005 11:06 PM  

Post a Comment

<< Home