jatuh lombong
Pernah tak? Aku pernah! AKU PERNAH!!! (sakai sekejap)
Dulu dekat dengan rumah aku ni ada lombong terbiar. masa aku kecik-kecik dulu, lombong tu tempat orang buang sampah.
Lombong tu betul-betul belakang sekolah agama aku. (Dulu pergi sekolah agama, sempoi aje. Pakai selipar jepun dengan bawak beg plastik merah - plastik yang orang Gganu panggil "supik gelenyar" tuh). Hanya budak yang tak dengar kata mak-bapak aje yang berani merentasi lombong tu sebab nak shortcut pergi sekolah agama. Dan antara budak yang konon berani itu adalah aku serta kawan aku, Nori dan Yuni. kenapa kami berani pada hari itu? kerana kami dah lambat masuk kelas. kalau tak shortcut lalu lombong tu, kena pusing satu lombong pulak. Jauh giler. Boleh imagine tak? Alaaa contohnya, nak korek idung. Kalau tak shortcut - kena pusing ikut telinga, belakang kepala, ke depan semula, baru ler boleh korek lombong timah tu. Tawaf satu pusingan pulak, tak ke jauh?
kat lombong tu, ada orang letak macam papan-papan nak kasik senang jalan lah konon. Memula tu tak berani gak, tapi sebab tau ramai orang pernah lalu lombong tu, maka sesungguhnya perasaan berani tu datang dengan tiba-tiba. Ditambah pula terbayang muka ustaz yang garang.
Masa aku meniti kat papan-papan tu, entah macamana aku tergelincir. bedebuk jatuh dalam lombong. Kau pernah tengok tak cerita orang jatuh dalam pasir selut?. Yeeehaaaaaaaaaaaa itulah keadaan aku masa jatuh dalam lombong. Aku dapat rasakan kaki aku ditarik ke dasar lombong. Lagi aku bergerak, lagi aku terasa badan aku macam disedut ke bawah. Gila ngeri. Aku dah menjerit-jerit masa tu. Sebenarnya bukan setakat menjerit, aku meraung menangis gila babas alagapas. Kawan-kawan aku dah pucat. Aku jerit suruh depa tarik tangan aku ke atas.
masa aku tengah cemas tu, tetiba ada pakcik mana entah, jerit dari ujung lombong "Wooooiiii nak mati cepat ke? Degil lalu kat lombong! Tak nampak ke orang dah letak amaran lombong tu kawasan larangan!"
Gitulah lebih kurang, aku pon dah tak ingat apa pakcik tu jerit. Bukannya nak datang tolong aku yang nak mati ni, sempat pulak dia tanya aku nak mati dengan kadar yang segera ke?
Aku pun tak tau macamana aku terselamat keluar dari lombong. Berkat tarik-menarik kawan-kawan aku agaknya. Kitaorang nangis-nangis sumpah tak mau lalu ikut lombong tu lagi. Selipar jepun aku hilang hari tu. Buku aku abis kena air lombong. Baju aku tok sah cakaplah, memang bau lombong. Masa tu parents aku kerja, aku ada kunci spare. Tak ada orang kat rumah.Aku ponteng sekolah, terus balik rumah cuci baju aku. Sampai sekarang mak abah aku tak tahu aku pernah jatuh lombong.
Selipar jepun aku tu... kawan aku jumpa semula, beberapa bulan lepas aku jatuh lombong. Dengan tersengih-sengih mamat tu tanya aku "kau pernah jatuh lombong ehh? aku jumpa selipar kau kat lombong" sambil tayang selipar aku. Mula-mula aku tak nak ngaku tu selipar aku tapi kat selipar tu, aku toreh nama aku... dah sah-sahlah selipar aku. Lagipun aku sorang aje ada nama ni kat sekolah tu. Aku sergah balik semula "Mak aku buang sampah kat lombong lah! Selipar tu dah jadik sampah, mak aku buanglah!"
Lombong tu sekarang dah tak de dah. Dah dikambus dengan tanah. Dah penuh dengan rumah.

6 Comments:
they call it supik gelenyar? WOW!
d/u/s/y/u/m
Macam pasir jerlus kan? Ngeri gak bayangkan pengalaman ko pernah kena sedut oleh pasir jerlus.
Supik gelenyar..??..wakkakaka...
RE:supik gelenyar
sebenarnya aku pong tak sure perkataan tu memang orang Gganu cakap gitu ke, atau kawan-kawan aku yang tokok tambah... tapi first time aku dengar orang panggil plastik merah tu supik gelenyar masa aku sekolah kat terengganu dulu.
supik tuu kira macam plastik bag lah; gelenyar tu kalau tak silap aku berasal dari bunyi plastik beg merah tuu (bila kita pegang/ramas plastic bag tu kan ada keluar bunyi)..entahlah aku pon tak gheti nak terang macamana perkataan gelenyar tu di-associate-kan dgn bunyi plastic tuu..
kena tanya orang Gganu ler, vocab Gganu aku terhad sikit...tapi kalau org cakap, aku buleh paham, susah sikit aarr nak lebong aku...
lebong=kelentong
dulu penah main kat taman mainan lepas hujan.tetiba pasir jerlus.panik gak aku masa tu.pastu dengan kederat perkasa terus aku lari.wakakaka.ntah2 taman permainan tu bekas tapak lombong.aiyoyo amma appa yanadey yanadey (pinjam quote favourite nore, nore ko jangan saman aku lak)
kak melah, parents ko tak tanya ke mana pergi selipar2 tu? hahaha
Nasrul
waaahahahahahaaha...kelakar nak mampus okay? hahahahahahahahahahaha
lawak bebnor ar cte tuh..hehehehe.
Post a Comment
<< Home