Tuesday, March 08, 2005

caca marba

urggghh... gua tension beb, tension siot... wa cakap luuu
(bila tension, jadik rocker - rock tulang gitu)

Aku ada exam this week. Aku dah tak larat nak study. Actually banyak lagi yang aku tak study. Dah lah paper berkaitan dengan law. Lepas aku baca, tak sampai setengah jam aku dah tak ingat "subject matter" ni masuk dalam "Section" "Sub-section" mana. In fact kekadang subject matter tu pon aku langsung tak hingat. Buku dia tebal-tebal lak tu. Act, Rules, Guidelines... semua nak kena ingat. Dah lah aku study sensorang uwwaaaa.

---

Aku heran apasal orang suka jadik lawyer. Aku rasa diaorang ni kena paksa jadik lawyer, sebenarnya cita-cita nak jadik architect atau mungkin ahli kaji cuaca atau mungkin ahli bomba. Kesian, kesian... hik hik hik. Tapi kesian lagi kat aku, income lawyer ribu-riban. Income aku secipot aje, nak beli pencungkil gigi pon tak mampu.

Beberapa hari lepas aku dok lah baca case-case dalam Study Guideline.
Ada-lah pasal Kiah v. Odah & Anor. Pastu Pe'ah & Anor v. Tijah. Aku dok fikir, teruknya pompuan nama Cik Anor ni - banyak betol case dia. Sekejap jadik plaintiff, sekejap jadik defendant. Aku baru tau rupanya otak aku sengal bila aku nampak "Gayah & Anor v. Limah & Anor". Aik apasal Cik Anor ni boleh jadik plaintiff DAN defendant dalam case yang sama.

Aku ketuk bilik tuan lawyer, yang sebenarnya nak jadik architect tapi abah aku paksa gak read law (KAH KAH KAH):

Aku: Ramlan... Anor tu apa haa?

Adik aku: Anor?

Aku: legal term "Awang versus Jusoh & Anor" (Awang?Jusoh?... ni mesti kes orang terengganu)

Adik aku: ooohh ... Anor tu macam "Others". Ada lebih dari satu party arr

Aku: Kak Melah ingat Anor tu nama orang...hehehe

Adik aku: apa daaa... lembab. Woit, cara baca dia bukan "XXX versus YYY". Baca gini "BETWEEN XXX AND YYY".

Aku: Kak Melah bukan nak baca depan hakim pongggg! Apa kesah...
Apa beza federal constitution dengan federal law dengan federal legislation haaa?

Adik aku: Blah...bla..bla... gitu gini...blah blah

Aku: ohhh

Adik aku: paham?

Aku: TAK!

Adik aku: LEMBAB arr otak Kak Melah!

Aku: Tu aar... lembab, nak kena jemur otak ni kat ampaian

---

Heran aku kenapa orang suka jadik lawyer. Ehh aku dah tulis yer.
Aku tabik gak lah kat lawyer. Lawyer kat atas tu LEMBAB nak bayar hutang aku, aku tabik sikit aje

---

Islamic Capital Market.
Ni pon masuk dalam exam aku nanti. Masalahnya banyak perkataan arab yang aku payah nak ingat. kenapa diaorang tak leh letak term yang senang-senang haaa? kenapa nak letak perkataan arab gak? Al-Wakalah ler, Bai apa-ke-ntah Ajil lerr, Al-Murabahah lerr, Al- Mudharabah lerr...

Perkataan arab yang aku tau cuma "Al Mudah-Rebah". Al-Mudharabah aku tak pasti apa.

---

Aku rasa aku leh flunk exam ni. "MATI" aku. Orang kata, kalau orang nak mati ni...dia akan buang tebiat. Macam aku lah sekarang ni. Dah tau sah-sah "mati" masa exam nanti... aku pi layan buat benda alah kat bawah ni.

Korang try arr buat benda ni: The Advertising Slogan Generator

Aku letak perkataan "Ramlah", keluor slogan-slogan kat bawah ni:
1. A Different Kind Of Company. A Different Kind Of Ramlah.
2. What Can Ramlah Do For You?
3. Double the Pleasure, Double the Ramlah.
4. Tough on Dirt, Gentle on Ramlah
5. I Bet He Drinks Ramlah.
6. Did Somebody Say Ramlah?
7. Have Ramlah Your Way.
8. The Incredible, Edible Ramlah.
9. Ramlah Tested, Mother Approved
10. Get Serious. Get Ramlah.
11. Why have cotton when you can have Ramlah
12. Four out of Five Dentists Recommend Ramlah.
13. I Liked The Ramlah So Much, I Bought The Company!
14. Is Ramlah In You?
15. It's Different in a Ramlah.
16. Would You Give Someone Your Last Ramlah?
17. I Can't Believe It's Not Ramlah.
18. It's a Ramlah Adventure.
19. You Press the Ramlah, We Do the Rest.
20. Make Ramlah Yours.
21. Fall into The Ramlah.
22. The Real Smell of Ramlah.
23. Ramlah Saves Your Soul.
24. How Do You Eat Your Ramlah?
26. There's More Than One Way To Eat A Ramlah.
27. With A Name Like Ramlah, It Has To Be Good.

Nampak sangat aku tak de kerja gi tekan sloganize button tu banyak kali. Tapi hilang gak tension aku sikit.

---

Aku heran kenapa ada orang suka masuk law school. Oh yer, leh letak legal fees ribu-riban. (Kalau banker masuk law school jadik apa ehh? loan shark?)

---

Do'akan aku lulus leh? Aku pon nak gaji ribu-riban-riban ;)
Kau suka slogan yang mana?

11 Comments:

Blogger Ramlah MS said...

apasal org suka jadik lawyer? susah tau, banyak benda nak kena hafal...hik hik hik

March 08, 2005 2:18 AM  
Anonymous Anonymous said...

laa sindiri post sindiri komen.
anyway aku suka No.26. hahhaha..

semoga berjaya di dalam peperiksaan.

dusyum.fotopages.com

March 08, 2005 8:52 AM  
Anonymous Anonymous said...

sebab tak de org nak komen pukul 2 pagi, lagipon tak de org jengok blog aku - baik aku bantai meraban kat comment box sendiri :D

thanks, tapi tak tau leh berjaya ke tak :(

http://ramlahms.blogspot.com

March 08, 2005 9:59 AM  
Anonymous Anonymous said...

ramlah,hang nak jadik lawyer ke?
aphal plak?i thought u already got a master kan?
i like your definition al mudah rebah hehehehe

satu lagi hat yang iklan2 tuh aku suka no 15 :P camane tu yek?heh

all the best utk exam,aku pun ada gak final minggu depan ngan lusa.arghh tak study lagi :(

March 09, 2005 8:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

zakzak,
aku jadik lawyer??? 78 tahun lagi kot...ahakss. kena amik exam ni sbb one of the requirements by the regulotary body. ko exam apa? good luck!!!

#15:It's different in a Ramlah - camana yek aku nak terangkan...emmm,susah arrr nak digambarkan dgn kata-kata ;)

-Ramlah MS-

March 09, 2005 10:29 AM  
Blogger Editor said...

sila lawati http://zulfikarsamsuri.blogspot.com

March 09, 2005 1:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

minggu depan nih my first official exam in 4 years! errr...menggeletar jiwaku.... :(
14:measurement,instrumentation and control
24: structural dynamic.

confidence level? : negative boleh dak?hahahaha

thanks for the 'good luck' i need it. same to you melah :)

March 10, 2005 8:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

sape yg belajar law especially student accounting mesti penah tau case solomon v solomon...ni la bapak kepada segala case case law kat dlm buku tu...ape kata jom kita pegi bunuh solomon...pasal dia la kita pecah kepala nak study law...nasib baik exam company law aku lepas tuhari...

March 10, 2005 8:43 AM  
Blogger tipahvogue said...

19. You Press the Ramlah, We Do the Rest.


muahahaha..slogan nih bahyer gila aar kak melah!! tak sanggup tipah nak membacanya...adeh!!

pasal law, alhamdulillah, tipah dah lepas sabjek2 law yang segala macam mak nenek...kak melah kira beruntung ar hafal nama kes yang melayu...tipah punya nama kes sumer omputeh, giler punya nak hengat nama2 tu..

cara tipah study, tipah cari partner yg sama2 nak exam law. kami borak2 dan jadikan kes sebagai jalan cerita dan berdebat. alhamdulillah, time exam sure ingat sebab time berdebat, memang dah ngalahkan loyer buruk dah pon. leh gado2 woo time debat! mueheheh....

neway, wish u all da besh!! gud lak eh...

March 10, 2005 5:13 PM  
Blogger atiza said...

sapa kata nak bunuh solomon tadi? nak join sama..

aku pun yang dah tua ganyut nih kena gie exam 2 March nih..mari la kita beramai2 berdoa..agar aku ngan Melah pass exam.

BTW, I like #6

March 14, 2005 12:58 PM  
Blogger arisa said...

hai k.melah..salam pekenalan...dulu riss pun bercita2 nak jadi lawyer..tup2 jadik ecologist jer...emmgud luck k melah

April 01, 2005 4:36 PM  

Post a Comment

<< Home