Monday, January 31, 2005

dari kerana mata...

yang mempunyai kuasa
ohhh... aku tergoda
aku tergoda terkecewa
dari kerana mata...
-R. Azmi-

Kalau orang tanya anggota tubuh badan mana yang paling aku suka, aku akan jawab mata. Tapi hari ni aku tak suka sikit tengok mata aku. Sebab mata kanan aku kena ketumbit. Urghhhh bengkak mata aku tau.

Semalam aku bagitau mak aku pasal ketumbit ni, dia kata "awak ngendap siapa berak?" Eiii, tak kose. Mungkin ngendap baca post pakcik ni . Alloo brader, sampai hati aaar tempiaskan daulat lu kat gua... grrrrr. Lain kali jangan cerita pasal berak arr

Urghhhh cakit tau mata aku ni. especially masa sujud, berdenyut-denyut - rasa nak tergolek mata aku. Rasa nak cepat-cepat bingkas bangun dari sujud. Pagi tadi nak pergi kerja, aku tanya pendapat mak aku macamana nak kasik orang tak perasan aku mengidap ketumbit? ("mengidap" tuuuh...macam ada life threatening disease aje). Mak aku cadangkan "curl-kan bulu mata awak, kasik tutup bengkak tu". Amboi, ingat bulu mata Melah ni macam semak ke, boleh sembunyikan benjol ni. Nasib baik kelopak mata aku tak macam orang cina, at least berlapik sikit kelopak mata aku ni.

Sape-sape yang tengok mata aku sekarang, sure tak tergoda. Terkuchiwa mungkin ya. (Selama ni pon tak ada orang yang tergoda tengok mata aku)

Macamana nak kasik hilang ketumbit ni yer? Ada petua tak?

7 Comments:

Blogger Aku Tak Reti said...

Pernah dengar, sapu air kencing kat ketumbit. Tapi jangan buat ler. Tak meyakinkan.

Pakai sunglass ler, dalam ofis pakai, keluar jalan pakai, duduk rumah pakai, berak pakai etc

January 31, 2005 3:18 PM  
Blogger Ramlah MS said...

ni yg problem, sunglasses yang melekat kat cerminmata aku dah lesap, kalau tak - sampai ke malam aku pakai sunglasses (note to self: jangan terlalu nyampah tgk org pakai sunglasses malam-malam, nanti kena daulat)

January 31, 2005 3:38 PM  
Blogger Pengajian Luar Kampus said...

Petua yang paling mujarab....gi klinik, tanya doktor minta ubat mata. Insya-allah akan sembuh.
Sebenarnya ketumbit kat mata tu juga seperti jerawat kat pipi. Kalau rajin dan berani nak picit...tentu ok.

January 31, 2005 4:09 PM  
Anonymous Anonymous said...

~ engkau diMATAku adalah cahaya
yang bergelora....
hadir ditaman berbunga
satu impian satu harapan,
sudah pasti ada sebaliknya
satu rahsia.... ~

from BPR with love hehehe :p

-zakzak-

January 31, 2005 5:21 PM  
Blogger tipahvogue said...

kak melah, petuanye cenang jek...
potong bawang putih pehtu tonyoh kat ketumbit tu...
memula memang pedih, tapi mujarab...

pehtu ada satu lagi petua [tatawu tahyul ke idak?]
ikat benang itam kat jari manis tangan kanan...heh...
leh percaya ke? ntah la...tapi kalo nak cuba, pe salahnye!!!

January 31, 2005 7:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

petua tipah tu memang pernah dengar.
petua aku gi jumpa doktor, mintak MC 5 hari..

dusyum.fotopages.com

February 01, 2005 8:43 AM  
Blogger Ramlah MS said...

ucuwan,
eiii tak berani nak picit...ketumbit tuu kat dalam

zakzak,
huhu..."dari sinar mata...yang bergelora" .warghh, teringat zaman rock tulang dulu

tipah,
kalau ikat dengan cincin kat jari manis baru besh

dusyum,
ko memang melampau, mintak MC berhari-hari

arcahijau,
hahaha...ko ingat mata aku ni kuali, nak menumis semua

February 02, 2005 10:51 AM  

Post a Comment

<< Home