Friday, April 08, 2005

happy belated birthday to...

Ramlan, my younger brother.
Ramlan dah 30 tahun, beberapa hari lepas.
(yerrrr!!! budak budak semua, kalau adik aku dah 30 tahun, semestinya aku pulak dah 30 tahun lebih :P)

Zaman kecik-kecik aku dengan dia dulu tak berapa ingat sangat, mungkin sebab orang lain bela aku dan Ramlan pulak dibela oleh parents aku. Tapi abah aku sampai sekarang selalu nyakat Ramlan sebab dia ni macam kememeh sikit kecik-kecik dolu. Dia takut dengan benggali. Tengok Harjit Singh Hullon baca berita kat RTM1 pun dia melalak tak tentu pasal. Cuba bayangkan macamana mak dengan abah aku nak tengok berita, dah lah dulu TV station ada 2 aje. Satu station baca berita in tamil/mandarin. Kalau satu lagu station, Harjit Singh yang baca berita...imagine sendirilah macamana parents aku digest berita dolu-dolu.

Masa sekolah rendah dia ni selalu dapat nombor 1 (macam kakaknya jugak lah...hihi). In fact dia lagi pandai dari aku. Malangnya naik sekolah menengah, dia buat perangai. Cikgu disiplin dah boleh hafal nama abah aku. Banyak kali kena denda antaranya kena rendam dalam kolah asrama. Kemuncak masalah disiplin dia, Form 2 kena buang asrama...huhu. Orang panggil dia "Kapla" kat sekolah menengah dulu. Kepala Samseng kot. Aku rasa saat gemilang masa jadik Kapla yang paling dia tak boleh lupakan ialah dia dapat ragging Yassin. Alaaa, Yassin yang nyanyi "Jangan Ya laila, Jangan Percaya...". Yer, Yassin penyanyi tu. Ramlan selalu bangga - "eleehh, masa kat sekolah dulu...adik pernah suruh Yassin panjat tangki air". Hawau sungguh.

2 bulan sebelum SPM, dia buat hal lagi. Tangan dia patah, jatuh tangga. Mak abah aku dah gila takut, macamana dia nak exam dengan tangan patah-patah tu. Sampai sekarang ada besi dalam tengan dia. Kekadang kalau mak aku suruh tolong buat kerja, ayat mengelat yang dia selalu guna "tangan adik ada besi ni, tak leh buat kerja...kang kilat sambar".

Nasib baik result SPM dia okay, walaupon tak boleh challenge result aku...ehekkss. Lepas habis SPM, Ramlan nak amik architecture. Dia ni memang pandai melukis, antara kebolehan dia yang aku envy. Tapi abah aku suruh read Law. Terbantutlah cita-cita dia nak jadik architect. Hampir-hampir kena extend sebab malas nak complete satu subject ni. Entahlah subject apa, bahasa arab agaknya...bebudak UIA tau lah kot. Aku rasa dia menyampah dengan subject tu.

Career-wise, al-hamdulillah okay. Ada firm sendiri. I'm so proud of him. Dah jadik peguam peguamcara dan peguambela. Aku pernah tolong isi borang untuk dia, kat profession tu aku tulis "peguam". Dia cakap, "ishh, adik bukan peguam lah! pekerjaan adik peguamcara dan peguambela." Sungguh lah nak lepuk-lepuk, debik-debik bila aku dengar.

CintanCintun-wise, aku pon tak tau dia masih bertunang lagi ke tak. Sebab aku dah tak boleh nak keep track dia punya on-off relationship dengan tunang dia.
"Love me unconditionally" tu yang dia nak dari tunang dia. Apa-apa lah. Aku tak kuasa nak masuk campur.

Ramlan ni kekadang perasan. Perasan hensem. Dia cakap kawan-kawan dia kata muka dia macam Shidi Deadmushroom(hubby Vanida Imran tu), kekadang macam Zed Zaidi. Aku mengiyakan "Memang sebijik macam muka Zed Zaidi....tapi Zed Zaidi punya kucing arrr". Atuk aku pulak kata muka dia macam Ryan Giggs. Of courselah atuk aku tak kenal siapa Ryan Giggs, tapi sebab poster Ryan Giggs terpampang kat bilik aku...dia ingat aku letak poster Ramlan.

Walaupon Ramlan bukan yang bongsu, tapi sampai sekarang Ramlan bahasakan diri dia "adik" sebab dia perasan bongsu hihi. Sebenarnya parents aku tak expect nak dapat anak lagi, so kitaorang semua panggil dia adik. Malangnya pil perancang keluarga ada sedikit tak berfungsi agaknya, maka mak aku kembali produktif...kih kih kih

Adik Ramlan, Happy 30th Birthday.


p/s: the truth is, muka awak ada lah sikit-sikit macam Shidi. Tapi lambaaaaaat sikitlah kalau Kak Melah nak ngaku depan awak! wagaga

12 Comments:

Blogger Nore said...

entry yg sungguh menggetek hati,hahahaha,hepi besday kepada abg ramlan,hahahah,gatal la plak panggil abg,hepi besday adek kak melah!!

April 09, 2005 3:29 AM  
Blogger hana_kirana said...

Err... Nore, menggetek tu dalam bahasa Sabah - menggatal, merenyam, tergedik-gedik macam tak sabor nak berlaki... err.. betul ke awak gitu? ekekeke.. gurau jer...

Kak Melahs,
Entris yangs menyentuhs perasaans sayas. Happys 30ths birthdays tos Ramlans.

April 09, 2005 10:26 AM  
Blogger tipahvogue said...

ada lagik dak adik kak melah yang available...kem slam eh! muahahahhaaha

April 09, 2005 11:04 AM  
Anonymous Anonymous said...

alamak,typo la hana haha,nak type menggeletek sebenarnye..hahaha,symptom2 menggetek itu tidak ada pada diri saya yg berhati mulia ini..hahahahah

-NoRE

April 09, 2005 6:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

wooh...melah ni dah over 30 le...
ingat nak ngurat dulu
hehehe.
i had experience liking somebody older,tapi tak leh lupa bila dia cakap
and i quote
"i tak suka orang lagi muda"

:|

the irony is that last thing i heard,
she married my junior!
double muwahahaha :)

April 09, 2005 7:50 PM  
Blogger Guzz said...

Hi Melah,

Happy BirthDay to ur bro, he and I are of same age.
I am from UIA as well..... I dont think it is Arabic, because, Law students finishes the Arabic in matrics itself...if I am not mistaken.

I have made a link to your blog, from my blog, I hope u don't mind!!!

April 09, 2005 11:35 PM  
Anonymous Anonymous said...

hehehe aku dulu pun kat hostel rajin gak ragging budak2 nasyid ni...biase arr skolah cam SMKA kan byk melahirkan bakat2 bernasyid...tapi yg malangnye diorang ni x plak jadik recording artist mcm si yassin tu...kalau tak, mesti aku pun bangga gak mcm Ramlan skrg ni hehehe...err Ramlan ni dulu skolah Maahad ek?

April 10, 2005 8:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

Melah,
Kalau aku ada adik pempuan sekarang jugak aku mintak nomor tefon dia.

Adik ko ni uia pj yea..bukan gombak...ramai juga kawan2 ku disana. mesti dia kenal.

awek-awek diluar sana...apa lagi e-mail ler kak melah...

April 10, 2005 10:05 AM  
Blogger Ramlah MS said...

NoRE,
aku kutil taik lalat ko kang...menggetek ehh :P

hana,
kenapa blog hang penuh dgn bintang-bintang aje? mana pegi coretan hang?

tipah,
ada...tapi sure tipah tak berkenan, tak memenuhi citarasa tipah...sbb dia mudaaaaaa lagii :p

zakzak,
ehh Melah tak choosy youuuu...bf Melah dulu pon muda...ehem, ehem apa lagiii abaaaang zakzak....sila lerr hihihi (Ketawa menggetek, sambil tunduk malu dan pintal, pintal hujung baju)

zakzak dah cemas tuuu...HAHAHA

guzz,
ooo...not sure what was the subject, but he had to see an ustaz, so i thought it was an arabic language...may be pendidikan islam or something

no prob guzz, link aje


razif yg ayu,
(rok kunuuun, pigi dah!:p)

ha'ahh...Ramlan sekolah Maahad yg kat tepi highway tuu.
betul ke ko rajin ragging budak nasyid?, aku rasa budak nasyid yg ragging ko...hahahah

akutakreti,
ha'ah adik aku UIA PJ, tapi dia sempat gak merasa duduk kat Gombak.

ehh ayat ko tuu ada yg tak cukup...patutnya gini "ABANG awek-awek di luar sana..apa lagi email ler Kak Melah"

April 10, 2005 6:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

huh? ye ke kak melah?
you don't mind me being younger?
hehehehe

(mana aku nak lari nih :P )

April 11, 2005 10:35 AM  
Blogger hana_kirana said...

Hye, sis...

I have moved... I hafta move. Blog yang berbintang2 tu dah jadi tempat saya bereksperimen layout blog saya yang baru.... i'll give u my new url kat ur YM yang ramlah_ms tu.

April 11, 2005 9:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

ada ka orng takut banggali lagi. dulu2 budak2 tadika aku takut benggali sbb diorng suka sabit kepala.. lintang pukang diorang lari kalau jumpa.

apa beza peguamcara dan peguambela dengan peguam? kenapa peguam wanita tidak dipanggil peguamari dan peguam lelaki, peguamara?

dusyum.fotopages.com

April 13, 2005 10:53 AM  

Post a Comment

<< Home