Monday, October 11, 2004

Pengalaman bersalin

Bukan bersalin baju. Aku nak cerita pasal bersalin anak lerr! Bukan pengalaman aku, tapi pengalaman kawan aku.

Aku pergi melawat kawan baik aku baru lepas bersalin anak sulong. Sambil-sambil tengok anak dia, aku pon dok lerr tanya pasal pengalaman dia bersalin. Sakit ke? Susah ke? Macamana ehh? Aku memang tak de pengalaman bersalin sebab aku lom kawen. Dan aku memang tak tau macamana org bersalin, tak berani aku nak tanya kat mak aku.

Dia pon habaq lerr kat aku panjang lebar. In labour aje dah dekat 10 jam. Huaaaa, 10 jam? 10 jam aku leh buat macam-macam tau. 10 jam leh travel dari KL ke Singapore 10 kali tau (naik kapal terobang aaa). Tapi kawan aku menanggung sakit 10 jam kat katil sepital.

Dalam banyak banyak conversation pasal experience dia bersalin tuuu, conversation yang kat bawah ni paling aku tak leh lupa :


Kawan aku: kena toreh kat “situ

Aku: situ tuu kat mana ?

Kawan aku: Kat “SITU”. Kat tempat kita tuuuu

Aku: Haaa? Kat kita punya tuu ke?

Kawan aku: iyerrr, kat “SITU” tuu lerr

Aku: Apasal kena toreh kat “SITU”?

Kawan aku: Macamana kepala budak nak keluar. SITU kan kecik aje, sebab tu kena toreh

Aku: Haaaaaaaa? HAAAAAA?. Issshhh, betul ke ni?

Kawan aku: iyerrrr, hubby aku sendiri tengok doctor tuu toreh.

Aku: Doktor toreh pakai apa?

Kawan aku: ada- lah alat dia, hubby aku kata macam kapak kecik…kecik aje alat tu

Aku: eeeiiiiiiii, takutnya aku dengar. Memang kena toreh kat “SITU” ke? Tak boleh ke kalau tak toreh? Abis tuu macamana org yg bersalin kat rumah dulu dulu tuu? Aku tak rasa masa zaman dolu-dolu ada kapak-kapak kecil tuu (huh, berdesyum-desyum aku berbahas)

Kawan aku: Kalau tak ditoreh, mungkin terkoyak-lah kat “SITU” sebab kepala budak kan besar. Rasanya lebih baik ditoreh dengan alat tu. Cuba kau imagine, kain yang dipotong dengan gunting berbanding kain yang dikoyakkan pakai tangan. Mana lebih kemas potongan-nya?

Aku: eiiiiii……EEEEIIIIIIII!!!!

Kawan aku: Pastu kena jahit pulak kat “SITU”

Aku: HAAAAA? Kau rasa ke masa kena jahit tu?

Kawan aku: Sebelum doktor jahit, dia inform kat aku yg dia nak jahit kat “SITU”. Dia letak oxygen mask dulu kat muka aku supaya aku tak rasa sakit sangat masa dia tengah menjahit. Tapi aku dapat rasa jugak masa dia jahit kat “SITU”. Kalau tak de oxygen mask tu, sure meraung aku agaknya

Aku: Kalau tak jahit tak leh ke? nanti bila bersalin akan datang tak yah lah nak toreh-toreh lagi

Kawan aku: kau gila! kalau tak jahit semula alamatnya kepala ketapi pon leh kornar kat SITU

Aku: (terkedu, tak tau nak cakap apa dah lagi, sambil urut urut dada)


Huwaaaaa NGERINYA!!. Susahnya nak melahirkan anak, kena toreh kat “SITU”. Cuba kau imagine kalau beranak 10 kali, 10 kali lerr kena toreh kat SITUUUUUUUUUUUUUU!!! 10 kali lerr kena jahit kat SITUUUUUUUUUUUUUU!!!


Sunday, October 10, 2004

testing pitching

testing..testing 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15...berapa ratus nak kira daaa?