Selamat Harijadi, Abah
Hari ini harijadi abah saya. Abah yang saya sayang sudah 66 tahun.
Saya hanya belanja abah makan dan beri CD Mawi (kedekut betul saya ni). Yer, abah saya minat Mawi. Abah lagi teruja dapat CD Mawi daripada potong kek sendiri. Saya harap abah tidak jadi peminat fanatik Mawi. Minat biasa-biasa udah ler ya, Bah
Abah saya dulu sangat tegas. Sekarang dah mellow. Dia tegas dalam pelajaran dan pemakanan. Dulu kalau musim periksa besar macam SPM, SRP, Penilaian Darjah Lima, saya dilarang sama sekali tengok TV. Setahun tu saya tidak boleh tengok TV. TV akan dibawa masuk dalam bilik dia. Kesian saya. Kadang-kadang saya malu juga dengan kawan saya sebab bila saya balik asrama, semua orang dok berbincang tentang rancangan TV yang depa tengok masa cuti tapi saya cuma diam membisu. Bila kawan saya tanya pendapat saya, saya tipu cakap TV saya rosak. Geramnya saya masa tu. Perasaan geram tu menjadi malu bila kawan saya dapat tahu abah saya melarang saya tengok TV sebab kena tumpukan perhatian pada pelajaran. Diaorang mesti fikir saya ni skimaaaa... uwaa.
Dan pertama kali saya gaduh dengan abah pun pasal TV. Masa tu saya tengah tunggu SPM, saya suka tengok cerita cina senja-senja tuuu. Abah saya dengan berseloroh cakap "apaaa lahh suka sangat tengok cerita cina tu... entah hapa-hapa lah rancangan yang ditengoknya". Kalau sehari dua, tak pe jugak. Ni tiap-tiap hari asyik cakap benda gitu, saya pun bengang lah. Maka pada satu hari, saya dah teramat bengang saya tertinggi suara kat abah saya "Dah lah sebelum ni tak dapat tengok TV, Melah dah abis peksa pun tak boleh tengok TV!". Saya lari masuk bilik sambil hempas pintu. Tak keluar-keluar satu malam. Sebenarnya saya nak keluar minta maaf pada abah saya, tapi saya rasa malu dan takut. Esoknya abah saya pulak yang datang ketuk bilik saya sambil panggil makan untuk breakfast "Meh lah keluar, makan roti ni". Lepas tu abah saya pulak mintak maaf dengan saya. uwaaaa saya rasa sangat rendah diri saya masa tu. Saya nangis minta maaf sebab saya kata saya yang patut minta maaf bukan dia. Uwaaa sedih saya ingat saat tu. Entah dia ingat lagi ke tak
Abah juga pantang tengok kami makan benda yang bukan-bukan. Bagi dia junk food dan benda-benda dalaman haiwan adalah larangan dia . Contoh: jeruk, hati ayam, telur ikan, perut lembu dll. jangan harap saya dapat makan benda gitu kat rumah. Tapi dia tak tahu masa kat asrama saya bedal semua benda. Sekarang ni, dia dah tak kesah dah. Tapi masa belajar dulu memang saya kempunan lah tengok hati ayam atas meja, tapi tak boleh makan.
Kalau saya buat benda tak kena pada pandangan dia, Abah akan marah dengan ayat azimatnya "No common sense!". Dulu bila dengar dia cakap gitu, dah bergenang air mata. Ya lah cara dia cakap tu seolah-olah nak kata "Tak ada otak ke?!" hihi.
Tapi abah sporting. Abah lah yang selalu tunggu saya kat ujung stadium kalau saya pergi konsert. Abah lah yang akan jemput saya malam-malam buta kalau saya tengok konsert. Kalau saya nak pergi wayang, konsert - Abah lah tempat saya minta izin. Kalau dengan Mak, susah sikit dia nak benarkan. Dengan abah, semuanya okay. Mungkin dulu-dulu dia juga gila-gila macam saya kot. Mak saya alim sikit dari Abah. Mak kata tengok wayang pun dia tak pernah. Tapi Abah dulu pertandingan Ratu kebaya, Ratu Cantik pun dia bantai tengok. Dia boleh bangga pulak tu.
Abah saya funny orangnya. Dia suka mengajuk orang. Cerita karton Doraemon pun dia suka ajuk. Dan tersangat peramah. Dengan pokok-pokok yang dia tanam pun, dia boleh berborak. Itu tak termasuk ikan yang dia bela. Kadang-kadang saya rasa kelakar dengan keramahannya. Berlainan benar dengan mak saya. Mak saya tak banyak cakap, pendiam. Macam saya lah. Mungkin sebab tu saya lebih rapat dengan abah saya berbanding mak, sebab character abah dengan saya berbeza. Character saya dengan mak banyak persamaan. Mungkinlah.
Abah saya peminat Akademi Fantasia. Dan Malaysian Idol, American Idol dan pertandingan nyanyian lain. Mentor pun dia suka tengok. Dia kata dah tak sabar nak tengok 1 in a million.
Tapi tak tau kenapa dia tak suka pulak tengok Audition.
Abah sekarang dah pencen. Masa dihabiskan dengan mengaji, berkebun, berjogging dan mungkin lepas ni dengar CD Mawi.
Untuk Abah: Selamat Hari Jadi. Semoga dipanjangkan umur.

ETA: hana, thanx for the comment. Tadi Melah balas comment hana, terletak nama sebenar plak... heee... nak delete comment tu tak bleh pulak....heeee .... so Melah hide comment box sebab nanti semua orang tahu nama glamour Melah looorr... kang ada yang jampi Melah, tak sanggup lorrr....ayat pendinding gua masih lemah lagi...tee heeeeeeeee...
lagipon tak de sape nak komen lagi, kan? kan?
teruknya anak Abah ni