Friday, December 31, 2004

2004 dalam kenangan

tapi apa hendak ku kata
kenangan ku hampa belaka...


2004 meninggalkan seribu macam kenangan. Ada yang kelat, ada yang manis. Ada yang tak berperisa, ada yang terlebih perencah.

Kenangan kelat ku:
* masuk hospital, kepala otak aku dibakar. Huh, Kijamnya. Sebenarnya, doctor letak electric current aje kat kepala aku. Bukan sekali, bukan 2 kali... tapi 8 kali.

* mak aku meninggal dunia. Bukan mak kandung. Aku ada 2 mak. Aku masih ingat, aku menangis meraung depan PC bila baca email tentang kematian dia. Nak balik Malaysia masa tu pon dah tak de guna, sebab keluarga aku hanya inform aku lepas 2 minggu dia meninggal dunia.

* failed relationship. Pelamin angan ku musnah.

* was forced to withdraw from PhD candidature due to ill-health.


Kenangan manis ku:
* tertelan gula batu

Selamat Tinggal 2004.


namun engkau tetap kupuja
walaupun kini kau jauh di mata
siang dan malam
wajah terbayang
janjimu itu tinggal kenangan
~Jeffry Din~


Thursday, December 30, 2004

To google or not

Ada insan menegur tentang penggunaan perkataan dalam blog aku.

Aku ada guna perkataan "googled" dalam entry terdahulu. Secara amnya, aku maksudkan "mencari sesuatu kat Google.com". Tapi kata insan tu :"google" is not a verb. The word does not appear in the dictionary at all!

Alamak, I have offended a linguist :p. Alaa…could you please treat it as a neologism. Err...neology or generonym? Entah, aku pon keliru.

Rasanya banyak perkataan yang tak ada dalam kamus, tapi diterima-pakai dalam penulisan dan terutamanya pertuturan. Antara perkataan yang selalu aku songlap:

"Nak pegi beli colgate" (sebenarnya nak beli ubat gigi...tak kira ler brand Colgate, Darlie etc)

"tolong xerox dokumen ni" ("tolong fotokopi/buat salinan dokumen ni"...hmmm, aku tak pasti samada xerox dikira neologism ke tak, sebab aku rasa perkataan ni ada dalam dictionary. Tapi, Xerox tu sebenarnya satu brand photocopy machine kan, kan?)

"naik escalator hingga Tingkat 3" (Do you know that at one point of time, escalator was actually Escalator. Escalator is a brand name...huhu)

"nanti ke supermarket, belikan Planta" (margerine).

"Mak, Melah nak chikedis!" (ni generonym yang aku selalu sebut masa kecik kecik untuk semua junk food)

Aku jumpa neology ni --> "ignoranus" masa aku googled. Maksudnya: someone who is both stupid and an arsehole. Macam best aje untuk aku gunakan nanti. Okaylah... I have googled until I couldn't google anymore. Anyway, who googled me?

Tuesday, December 28, 2004

tsunami

Pertama kali dengar perkataan "tsunami" beberapa bulan lepas kat tempat lepak aku. Bila cerita tentang "tsunami" keluar kat berita baru ni, aku boleh-lah faham sikit sikit pasal kejadian tu. Sikit aje, tak de lah faham sangat macam Pegawai Kaji Cuaca. Kawan aku bila dengar perkataan "tsunami", dia boleh terbayangkan kek. Itu "tiramisu" lah, samdol!

Tumpang simpati kat mangsa bencana tsunami. Hari ni baca tentang kisah seorang bapa yang kehilangan anaknya ditelan ombak. Dalam sekelip mata dia kehilangan 5 orang anaknya. Katanya sebelum dihanyutkan ombak, anak-anaknya berebut-rebut mengutip ikan yang melompat ke pantai kerana menganggapnya sebagai rezeki. Ikan yang disangka rezeki itu rupanya bencana kepada keluarga malang tersebut.

Kalau kau berada di tempat kanak-kanak tu, terfikir tak nak pungut ikan yang melompat ke darat tu? Kalau aku? Entahlah, tapi rasanya mungkin aku pon turut sama jakun. Kawan aku kata, dah nampak ombak besar tu... lari-lah cepat cepat. Tapi kalau aku, mungkin aku hairan dan takjub. Terpegun. Entahlah.

Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, seorang pemanggil di sebuah radio station mencadangkan dibuat tabung derma untuk mangsa bencana tsunami melalui SMS. Tapi cadangan tu ditentang oleh seorang insan, katanya menderma melalui SMS ni separuh dari derma tersebut akan pergi ke syarikat telekomunikasi. Lagipun duit derma tersebut hanya boleh diperolehi 2-3 bulan kemudian, walaupon duit dah ditolak dari prepaid pada hari kita menderma. Ohh gitu rupanya menderma melalui SMS ni dijalankan. Entahlah, aku pon tak tau.

Ada jugak yang menghantar SMS ke station radio tersebut, buat lawak pasal tsunami. Berbunyi: Dalam banyak banyak pantai kat Malaysia ni, pantai mana yang tak mungkin dilanda tsunami?
Jawapan: Pantai Dalam

Thursday, December 23, 2004

dajalkan kereta orang

Luahan perasaan kat tempat lepak aku, tentang kereta yang jadi mangsa dajal. Aduh, kejamnya.

Mr A: Kereta sape aku tak tau, tapi kereta tu blok kereta aku. Aku tampal notice sticker kat cermin kereta dia bertulis "Kalau parking free jgn menyusahkan orang boleh tak??" sticker tu susah mau bukak woo. Aku baik, takde ler aku nak rosakkan kereta dia. Cuma aku nyusahkan dia macam dia nyusahkan aku jugak. Padan muka

Mr B: Aku pernah paling teruk masa sekolah dulu. Aku gi pasar malam, aku sudah nampak cikgu disiplin aku. Apalagi aku buat corak batik la kat body kereta dia. Permanent....melainkan kalau dia cat la. Sebab aku panas dengan dia, tuduh aku tak pasal-pasal

Mr C: Semalam on the way balik, sampai kat traffic light Leisure Mall... sebelah aku ada sebijik Wira kaler hijau. Kat pintu dia ada tampal kertas tertulis "NAMA SAYA NIZAM BIN OMAR UMUR 24 TAHUM (BELUM SUNAT) NO TEL : 012- XXXXXXX". Yang aku heran tu, kertas tu tak tanggal lak kena tiup angin tu. Sape ler yang mendajalkan mamat tu. Ko bayangkan laa.. kat traffic light tu jer ramai yang perasan dan gelak sengsorang

Mr D: Aku pernah tengok ada sorang pakcik tu siap guna rantai utk rantai kereta mamat yang parking belakang kereta dia. Pastu siap tulis alamat rumah dia untuk mamat tu ambik kunci buka rantai tu

Mr E: dlm bulan puasa hari tu ada la kereta kancil gi block jalan kuar kereta yg parking kat stesen LRT. Masa aku datang dah abis calar balar kereta dia. Kereta wife aku pon tak boleh kuar la. So last-last kitaorang angkat ramai-ramai kereta dia. Pastu ada yang geram sangat tu, mereka masukkan sebelah tayar dia dalam longkang. Cian lak aku tengok

Mr F: Macam kes member aku, kereta yang blocking tu tidak dibatikkan mahupun dicorakkan tetapi ditambah sedikit accessory tambahan seperti tong sampah, kayu kayan, daun kering serta tin-tin minuman kosong. Sekali pandang macam kereta berhias yg ada masa Merdeka Day.

Mr G: penah nampak kat kampus aku setahun lebih yg sudah laaa. Kereta budak besday boy kene balut dengan suratkabar lama. Whole body gitu... dengan tayar-tayar sekali. Kesian jer aku tengok... sure mamat tu terhegeh-hegeh nak bukak balik kertas tu

Mr H: part pedajal kereta ni aku selalu kena, siyot tul. Setiap minggu mesti kena sekali, kalau tak kat bonet kereta, kat cermin kereta. Tapi yang aku musykil, mengapa kereta baru aku aje yang kena, kereta lama aku selamba jer dia lintas....

Memang aku geram betul dengan kucing tu, suka hati dia aje nak berak kat kereta aku...

Wednesday, December 22, 2004

impulse purchase

2 hari lepas, aku bayarkan bil credit card adik aku. Betapa kayanya aku kan, tolong bayarkan bil orang lain. Pembetulan: Aku pergi tolong bayarkan. Faham ke? Alaaa...adik aku kasik duit, aku terkedek-kedek pergi tolong bayarkan sebab bank tu dekat dengan office aku. Dekat? 10 minit aku jalan kaki tau! wahai adik ku...lain kali nak pakai credit card tu, boleh tak cari bank yang banyak cawangan.

Memandangkan bank tu dalam shopping complex, aku pon berlegar-legar ler dalam shopping complex tu. Sila amati maksud perkataan "berlegar-legar" tu yer. Maksudnya, jalan-jalan tanpa ada tujuan tertentu. Yer ke maksudnya gitu? entah, aku main taram aje. Kalau gitu ...Ruang Legar = Ruang tanpa tujuan?

Okay..okay... impulse purchasenya apa?!

Sedang aku berlegar-legar, aku terlegar kat Isetan. ISETAN...ISETAN SALE! huh?
Harus jenguk ni. Jenguk punya jenguk, legar punya legar...terbeli kasut. Sebenarnya memang tak de niat langsung nak beli kasut tu. Tapi entah macamana, laju aje tangan aku ambil, try dan bayar. Boleh dikira impulse purchase ke ni?

Warna kasut tu macam pink, macam purple. Purplish pink gitu. PUCE. Yes, that's the appropriate word. PUCE. Warna kasut aku tu PUCE.

Impulse purchase aku selalunya lead to tragedy. Sekarang aku tension. Sebab aku tak de baju PUCE untuk dipadankan dengan kasut PUCE aku tu. Malah aku tak de baju pink, aku tak de baju purple. Sungguh tak berwarna-warni wardrobe aku kan. Apa yang tragedy-nya? Tak de baju nak padankan dengan kasut aaa. OOoooh...sungguh tragis impulse purchase aku kan... hik hik.

Lagi tragis bila mak aku tak nak ngaku kasut PUCE aku tu lawa.


Mak: beli apa tu?

Aku: kasut...ada SALE kat Isetan. Lawa tak?

Mak aku: Pinknya!

*oikss...pink ke? bukan PUCE???*

Aku: ermmm...lawa tak?

Mak aku: siap bereben-reben!


Okay...okay...aku tanya "lawa tak?". Susah sangat ke nak jawab "TAK LAWA!"


Lagi, dan lagi tragis bila aku googled perkataan PUCE (kau ingat aku tau ke purplish pink tu PUCE? aku dapat tau dari google ler), aku terjumpa website ni --> make PUCE officially the worst color in the world!







Tuesday, December 21, 2004

trial and error of page error

I hope this time there will be no HTML error...

parody of the 404 error

yadebadebuu...menjadik gak akhirnya.

Mekacih pada tok guru semua. Nanti Agong punye birthday, sila mintak Darjah Kebesaran yang paling besar daripada dia yer.

page error

testing...testing. menjadik ke letak link ni? ermm



huwarghhhhhhhh!!! camana nak letak link? tolong ajar aku weiii






Monday, December 20, 2004

hanya di radio

Darlin' I can't explain
Where did we lose our way
Girl it's drivin' me insane
And I know I just need one more chance
To prove my love to you
If you come back to me
I'll guarantee
That I'll never let you go

Chorus:
Can we go back to the days our love was strong
Can you tell me how a perfect love goes wrong
Can somebody tell me how you get things back
The way they use to be
Oh God give me a reason
I'm down on bended knee
I'll never walk again until you come back to me
I'm down on bended knee....


Lagu di atas dinyanyikan oleh Boyz II Men. Famous sekitar pertengahan 90an. Ingat lagi tak tajuk lagu tu? Mungkin kau masih ingat tajuk lagu tu, tapi tak semua orang ingat. Atau tak mungkin semua orang tahu tajuk lagu tu. Untuk pengetahuan, tajuk lagu tu ialah: ON BENDED KNEE.

ON BENDED KNEE!


Deejay: yerr...siapa di talian?

Mr X: Mr X...dari XYZ. Nak minta putarkan lagu, boleh?

Deejay: boleh...silakan

Mr X: lagu dari Boyz II Men

Deejay: lagu apa tu?

Mr X: ABANDON ME

Thursday, December 16, 2004

cerita hantu di radio

Cerita hantu ni dengar kat THR. Bulan puasa, tahun 2001 kalau tak silap aku. Deejay bertugas: Ismakhalil Hamzah. Segmen malam tu memang tentang kisah-kisah supernatural. Ramailah callers called THR menceritakan pasal kisah hantu, sihir, bomoh etc. Tapi yang paling aku tak boleh lupa seorang caller ni cerita kejadian yang berlaku ke atas mak dia sendiri. Kita namakan mak caller tu “Makcik A” lah yer.

Cerita ni bermula bila Makcik A berubat dengan sorang dukun pompuan. Lepas berubat, Makcik A macam kena rasuk. Muka merah, badan semua merah, menjerit-jerit. So caller tu adik beradik minta tolong sorang bomoh lelaki ni pulak ubatkan Makcik A.

Bomoh lelaki ni baca-baca, pastu hembus kat Makcik A. Lepas kena hembus, Makcik A makin meraung-raung, then jadik macam kuat sangat, meronta-ronta sampai kena pegang tangan kaki. Bomoh lelaki tu kata, ada "benda" dalam badan Makcik A. Bomoh lelaki tu tekan bawang putih rasanya kat ibu jari kaki Makcik A. Aku pon dah lupa, samada tekan dengan bawang putih atau tekan dengan benda tajam…tapi ada-lah bmoh tu tekan something kat ibu jari kaki Makcik A.

Then bomoh tu tanya: "Kau dari mana?
Makcik A berubah suara jadik macam suara org lain, garau gitu. Tapi menjerit-jerit aje, tak bagitau pon dia dari mana.

Bomoh tu tanya lagi: "Kau nak apa?"
Makcik A jawab dalam bahasa jawa: "Seluwor merah di pinggir lawang"
Cenggitu aaa, aku pon tak sure macamana sebutan sebenar dalam bahasa jawa (akutakretickpjawa.blogspot aaa!). Semua terpingga-pingga sebab keluarga Makcik A ni bukan org jawa, tak tau macamana Makcik A tiba-tiba pandai cakap jawa. Then bomoh lelaki tu bagitau, "lawang" dalam bahasa jawa maksudnya "pintu". Kemungkinan besar, ada "benda" diletakkan di pintu. Dia suruh check semua pintu dalam rumah tu. Check punya check, terjumpa sesuatu kat balik pintu tandas...

jeng...jeng...



Spender warna merah

Haaa?

yerr, betul. Ada spender merah terselit kat pintu tandas Makcik A.

Rupanya, masa Makcik A berubat dengan dukun pompuan tu, si dukun pompuan masuk tandas, mungkin nak buang air. Lepas tu terlupa nak pakai spender semula, tertinggal kat celah pintu tandas. Agaknya dah sampai rumah, baru si dukun ni perasan yang spender dia tertinggal kat rumah Makcik A. Dia hantar "benda belaan" dia untuk pi amik kot. Entah macamana, Makcik A ada dalam bilik air masa "benda" tu nak amik. Tersampok, abis kena rasuk!

Wednesday, December 15, 2004

Mandi limau

Beberapa bulan lepas aku mandi limau. Aku KENA PAKSA mandi limau. Aku pernah dengar pasal mandi bunga, mandi limau ni sungguh aku tak tau


Aku: Camana tu?

Mak aku: Perah limau dalam air mandian, lepas tu mandi lah

Aku: nak buat apa?

Mak aku: kasik sihat tubuh badan tu. Tak mo runsing runsing lagi. Mintaklah doa apa apa.

Aku: ermmm

Mak aku: TAPI...ada syarat syarat nak mandi

Aku: apa dia mak?


1- mandi lepas semayang isya'

2- tak boleh kesat air mandian untuk keringkan badan. baju yg digunakan ketika mandi tu kena kering sendiri dan dibawa tidur hingga subuh

3- tak boleh pakai baju dalam. hanya baju utk mandi aje boleh dipakai (patutlah ramai tok bomoh ratah anak dara. dah ler basah kuyup, tak pakai baju dalam pulak. orang tua dah kecut pon boleh berselera weii!)

4- 7 biji limau dipotong 2. Perahkan limau dalam besen berisi air mandian sambil selawat. Lepas tu campak potongan limau tu dalam air

5- daripada 14 potongan limau tu, kira berapa banyak yg timbul, yg terlungkup, yg terlentang, yang mengereng dan yg tenggelam. Bilangan posisi limau ni yg menentukan keadaan kesihatan tubuh badan kita (sekali dengar, macam posisi lain aje...huhu)


Aku: Kalau dah perah limau tu, mestilah tak de yg tenggelam mak

Mak aku: ha'ah ekk...hihihi

Aku: mak belajar dari mana ni?

Mak aku: ada kawan mak suruh buat.

Aku: mak caye ke seme seme ni?

Mak aku: ala kita ikhtiar aje

Aku: kena buat ke?

Mak aku: buatlah

so, lepas isya' malam berikutnya mak aku pon mandikan aku dgn mandi limau (Nasib baik tak buat kat rumah tok bomoh). Habis katil aku basah lencun. Mak siap ambil keluar kipas angin dalam bilik aku, takut aku mengelat keringkan baju depan kipas. Sejuk giler! menggeletar aku. Ni betul ke nak kasik aku sihat? boleh kena pneumonia gini!


Guess what? ada 1 potongan yg tenggelam. Apa petandanya tu? dunno

Mungkin lepas ni kena mandi bunga pulak agaknya. Orang kata mandi bunga ni untuk lekas dapat jodoh. Tapi dalam kes aku, tak jalan rasanya mandi bunga ni. Mungkin kena mandi air basuh pinggan, air bilas baju kot.

Tuesday, December 14, 2004

bapak adik orang benggali ke?

Haaa? Bapak sape? Bapak aku ke?

Pernah tak strangers tanya ketulenan kemelayuan kau? Atau strangers tertanya tanya keturunan apakah kau ini? Atau strangers dok belek belek tubuh badan kau sebab confuse samada kau ni melayu ke benggali? huwaaa, sampaihati akak ntah sape-sape tu kata aku ni anak benggali.


Akak tu: bapak adik orang benggali ke?

Aku: Tak lah kak

Akak tu: mak benggali ke?

Aku: Ishh, tak langsung. Mak saya melayu

Akak tu: Oooo

Aku: muka saya macam benggali ke kak?

Akak tu: bukan muka...

Aku: dah tu? nape kata saya benggali?

Akak tu: Tangan tu...macam benggali


huwaaaaaaa!!! Muka aku melayu, tapi tangan aku benggali.


Akak tu: lebat bulu roma, ingatkan ada keturunan benggali. bulu kening pon lebat gak.


huwaaaaaa!!! kening aku pon benggali gak.


nak aje aku dusyum-dusyum akak tu. (dusyum? macam pernah dengar aje nama ni kan...hik hik hik...yahhh!! dusyum!!! urghhhh!! dusyum!!...iklan benggali hindustan ini ditaja oleh http://dusyum.fotopages.com)


Hmmmm...memanglah bulu roma kat tangan aku ni lebat, tapi tak pernah ler pulak orang kata aku benggali sebelum ni. Apa, semua benggali bulu roma lebat ke? (ehhh, ha'ah lerr... benggali yang pernah aku jumpa semuanya berbulu lebat). Apa, semua melayu tak de bulu ke? huh!

Ehh, pompuan berbulu lebat, berkening lebat ni orang lelaki tengok seksi tak? Saje tanya, sebab aku tengok orang lelaki yang berbulu nampak macam seksi...hik hik hik.

Seksa? ek elehh, jawapan standard . Pi carik jawapan lain aaa!

Monday, December 13, 2004

orang Johor ekk? ekk?

ekk?

Nak cerita pasal conversation aku dengan pakcik taxi driver berkurun lalu. Since pakcik tu pon tak berapa familiar dgn area yg aku nak pergi, so aku pon tolong lerr tunjukkan jalan. Bagi direction kat dia serba sikit.

Tetiba pakcik tu tanya aku,

Pakcik: awak ni orang Johor ke?

Aku: yerr (walaupon aku lahir kat KL, sekolah merata rata, tapi aku tetap ngaku aku org Johor)

Pakcik: dah agak dah

Aku: macamana pakcik tau?

Pakcik: sebab org Johor aje yg bagi direction cakap "tegak"

Aku: yerr ke pakcik? org tempat lain cakap macamana?

Pakcik: org lain cakap "terus". "Lepas pusing kanan, jalan terus sampai traffic light"....Haaa, kalau org Johor pulak "nanti masuk selekoh, tegak lagi...lepas tuu pusing kiri, tegak lagi"

*amboii, siap bagi contoh pulak pakcik nii*

Aku: hihihi...tak perasan pulak saya.


Aku cerita kat kawan aku yg asal dr Johor pasal pakcik tuu.

Aku: kau perasan tak kita cakap "tegak" instead of "terus" bila bagi direction

Kawan aku: yer ke?

Aku: *aku pon ulang balik apa pakcik tu cakap* cenggini..."masuk selekoh, tegak lagi...lepas tuu pusing kiri, tegak lagi"

Kawan aku: masuk lubang keluor lubang pon...masih tegak lagi

Aku: SIOT!!

Kawan aku: HAHAHAHA





Thursday, December 02, 2004

...Sharifah Aini mengaku tidak bersalah

(jangan ingat media massa aje yg siarkan headline ni hari ni, blog aku pon tumpang letak headline ni jugak)

Buletin Utama, 1 Disember 2004. Email fitnah ke atas Siti Nurhaliza: Sharifah Aini mengaku tidak bersalah. Tak ingat the exact headline, tapi lebih kurang macam tu ler.

Masa berita tu disiarkan semalam, aku kat dapur - baru balik kerja. Lagipon aku dah baca pasal kes tu dari Bernama.com kat office, so tak de ler nak tau sangat. Cuma kadang-kadang tu jenguk jenguk dari dapur - nak tau Syarifah Aini datang court pakai baju apa? dengan sape? naik kereta apa? make-up tebal mana? ahakkss.

Mak dgn abah aku dok melekap depan TV, khusyuk dengar pasal kes tu. al-maklumlah, kes celebrity - diva lawan diva. Diva yg sepatutnya pencen vs diva yg disuruh pencen.


Abah aku: habislah career Sharipah Aini. Sepatutnya dia tak leh buat gitu.

Mak aku: hmmmm

Abah aku: akal tak panjang, kan dah kena tangkap

Mak aku: hhhmmmmmmmmm (practise berdengung ke mak aku ni?)

Abah aku: kalau yer pon, cariklah tempat yg tak de CCTV

Mak aku: camana ler dia nak tau tempat tu ada kamera

Abah aku: heran jugak, badan lebam lebam tu sape yg pukul.

Mak aku: tuu lah

Abah aku: habislah Sharipah Aini kali ni. haa, tengok! kan dah kena dakwa! Entah sape sape ler serang dia. Agaknya serang diri sendiri ler tu.


Huh? apa yang diaorang cakap ni? Aku dah tak tahan dengar komen komen abah dgn mak aku pasal kes Sharifah Aini ni! Sampai hati mereka komen yang bukan bukan! :)

*aku pergi kat living room*
Aku: apa yg mak dgn abah komen ni?

Abah aku: tuu haa. Sharipah Aini kena dakwa

Aku: memanglah dia kena dakwa, tapi bukan pasal kena serang tu lah. Kes ni belum hantar ke court lagi

Abah aku: dah tu?

Aku: Ya Allah...ni pasal laporan email fitnah Siti.

Abah aku: OOoooo


Aku tak tau ler macamana abah dan mak aku digest berita. Kes lain yang kena bicara, kes lain pulak yg dia bersungguh-sungguh komen.