Tuesday, November 29, 2005

Lari dari rumah: prologue

Sebelum aku cerita tragedi lari dari rumah, aku nak berterimakasih kepada 2 manusia yang meninggalkan comment di comment box aku. Mungkin 1878 lain yang mengunjungi blog aku tapi malas nak tinggal komen sebab yang lain tu mungkin tersesat kat blog aku lepas carik perkataan lucah. kah kah. Mungkin juga hanya 2 orang tu aje yang mengunjungi blog aku. Ini menunjukkan bahawa blog aku dikunjungi juga walaupun oleh orang yang tak ada kerja selain kerja perabihkan letrik company hihi. dan juga orang yang asyik merantau (atau mungkin kena halau dari Malaysia) yang tetiba tup tup dah ada anak (bila masa pakcik ni kawen haa? frust aku kah kah)

Aku dengan bersemangat kental telah pergi ke Low Yat untuk beli modem baru hari ini. Berbekalkan duit raya yang tak aku distribute pada anak buah entah sesapa, dan juga duit saving aku, serta gaji bulanan aku yang seto'et itu, dapatlah aku bergolok gadai beli modem baru ini. Semoga modem baru ni tahan petir, panas mentari, angin, kulat (dah macam iklan cat pulak dah)


Oh yea, lari dari rumah...

Satu ketika dulu aku ada buat ujian sahsiah dari SPA. Kenkonon dulu nak jadik pegawai PTD sebab aku ingat semua pegawai PTD ni kerja dengan Wisma Putra hihi. Kunun-nya nak kerja dengan kedutaan... kunuuuuuuuun lah.

Salah satu soalan dalam ujian sahsiah tu ialah:

Adakah anda pernah terfikir untuk lari dari rumah?

Aku gelak kecil bila baca soalan tu, apa kebenda punya soalan nih. Soalan macam ni pun ada ke? Dah sah sah aku jawab TIDAK... pada masa itu.

Itu aje lah aku punya prologue untuk post aku "Lari dari rumah". Nanti aku sambung dengan Epilogue pulak yer.

Friday, November 25, 2005

Temporarily out of resources

sebab modem dan network card aku rosak. Ini kali ke-4 modem aku kena panah petir. Suwei betol.

dan aku pun dah tak reti nak maintain blog ni.

dan aku tersangat busy. huwaa nyesal aku tukor department.

dan kekadang sakit jiwa dengan karenah boss baru aku. huwaa nyesal aku tukor department.

dan aku tak ada masa nak surf internet. huwaa nyesal aku tukor department

***

kepada semua muslimin muslimat yang jenguk blog aku (macamlah ada), Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ampun maaf dipinta. Kalau ada duit raya lebih, hulur sikit kat aku untuk aku beli modem baru. Jangan main mercun nanti putus kepala. Jangan lupa makan sayur-sayuran supaya tak sembelit. Jangan pandang ku sebelah mata hanya kerana ku wanita...