Friday, April 29, 2005

Bersedia!

Kawan aku bengang, kereta dia calar. Kena gesel dengan motorsikal. Dah-lah bercalar, sempat pulak mamat motorsikal tu kasik lesung pipit kat kereta dia. Manis jugaklah lekuk kereta kawan aku.


Kawan aku: Mala'un sungguh budak tu, habis kereta aku.

Aku: Camana leh gesel?

Kawan aku: Kat selekoh traffic light, aku berenti. Mamat motorsikal dari mana ntah, gi terjah je rempuh sesuka hati. Menonong pecut.

Aku: yang ko berenti kenapa?

Kawan aku: lampu dah tukar... dah kuning

Aku: Mek, Kuning bukan bersedia untuk berhenti. KUNING - BERSEDIA UNTUK PECUT!*


*Tiada dalam dalam syllabus JPJ - Pemanduan Berhemah

Monday, April 25, 2005

INTERPOLATION! pls help me!

Siapa-siapa yang genius Maths kat luor sana, baik mengaku cepat.

Sebelum tu, dengan tak malunya aku nak ngaku bahawa sesungguhnya aku memang sengal bila bab-bab mengira ni. Mathematics aku memang menyedihkan. Sampai sekarang adik aku gelak-kan aku sebab Add Maths aku cuma C4 aje. Memang mencacatkan result SPM aku, hudoh betul. Tapi sebenarnya aku cukup bangga, sebab...sebab sebelum tu Add Maths aku selalu dapat p7, atau p8...wagaga. (tak nak ngaku dapat F9 ke, Melah?). Aku memang seram dengan Maths.

Woit, sapa ingat macamana nak buat interpolation? Aku nak mintak tolong ajarkan. Dulu ada belajar masa terpaksa amik Pure Maths & Statistics, A-Level, tapi aku dah lupa camana nak derive. Aku ada exam minggu ni, malangnya satu sub-topic tu ada kena-mengena dgn interpolation. Siot betul Study Guide tu, buat otak aku bercelaru.

Ni contoh soalan yang sedang menghantui hidup aku:
discount rate: 3% ---> bond price: $118,586.80
discount rate: 2% ---> bond price: $122,841.60
discount rate: x% ---> bond price: $120,000.00

Macamana nak carik discount rate x% guna interpolation? x% berada di antara 2% - 3%. Study Guide tu ada kasik jawapan, x% = 2.67. Tapi aku nak tau formula interpolation macamana. Macamana dia dapat 2.67%?

Tolong aku untuk menghadapi cabaran hidup ini. Tolong selamatkan aku dari tragedi yang sungguh mengerikan ini. Aku mintak tolong wei!

Thursday, April 14, 2005

Dear American Idol voters,

If you don't know how to BOte, please channel your BOting rights to other countries!!!
It's against the Geneva Convention to put BO Bice in the BOttom 3, you stupid americans.

Nak semput aku dibuatnya tengok Result Show American Idol 4 tadi. BO was in the BOttom 3. Aku dah peluk-peluk bantal, dan mintak-mintak BO terselamat. Tapi bila Ryan (Seacrest Get Out) umumkan BO was in the BOttom 2, aku rasa jantung aku gugur. Tapi bila aku check panties, tak de pulak jantung aku. Kus semangat, jantung aku still intact.

---

an "epistle" to Bo Bice:
BO dear... you could recite the whole Telekom phone directory and I'd enjoy every moment of it. American has no taste, but we Malaysians (especially me, the bugis latin) know you are one hot honeybun.

BO, I have an innate feeling that you have no intention of winning this holy smelly trout competition, and the "I don't care" attitude was so cool. But I felt used! The truth is, I want you to win the AI4, which is against your integrity and dignity... uwaa-uwaa-uwaa. Please BO, stop torturing my soul.

BO Honeybun...someday soon, you'll become a person I actually sort of wouldnt mind licking. How about making this as a bet between you and your mom.

signed,
your staunch supporter.

p/s: I'm currently updating "100 things I'd like to do if stranded on island alone with you, BO Honeybun"

Tuesday, April 12, 2005

SELAMAT HARI JADI!

Tanggal 12 April 1974, ada sorang budak tu tertanggal dari rahim mak dia. Budak tu paling rapat dengan aku, yang aku sayang dan yang aku geram.

Mak budak tu kata budak tu sepatutnya lahir pada 13 haribulan, tapi mak dia tak suka angka 13. Mak dia suruh doctor induce kasik cepat sehari. Tapi budak tu, memang dah tak sabar nak tengok dunia...tak payah induce pon. Sebenarnya budak tu hampir-hampir tak lahir ke dunia, dan tak dapat tengok kartun thundercats sebab doktor suruh mak dia abort kandungan masa early pregnancy. Banyak complications. Mak dia tak mau, sebab dah lah kawen 2 tahun lebih tak dapat anak...sekali bila dah pregnant, suruh abort pulak. Ada ke patut? bak kata Waheeda.

Nasib baik tak kena abort, sebab budak tu bukan saje comei, cute pulak tu. Kiranya selain dari Erra Fazira, budak tu lah yang paling cun lahir pada tahun 1974. Tak caya ke? elehhh....cuba-lah tengok sendiri

GAMBAR TELAH DISEDUT KELUAR

Comei kan? Siap ketap-ketap bibir. Sampai sekarang dia suka kepit-kepit, kemut-kemut, ketap-ketap bibir dia. Dah jadik trademark budak tu. Mungkin terlampau kepit sangat bibir, sekarang ni budak tu jadik gadis pingitan yang pendiam, tak banyak cakap, lemah lembut dan pemalu.
{Tangan yang pegang kaki budak tu ialah tangan arwah "mak" yang bela dia kecit-kecit dulu}

Gambar di atas ditepek di sini, sebab gambar-gambar terdahulu dari itu semuanya botak. Budak tu memang tak de rambut masa baby. Sekali mak dia geram, mak dia lumur kepala dan seluruh badan budak tu dengan minyak zaiton. Akibatnya, sekarang rambut dia lebat yang amat. Bulu kening pon lebat, bulu tangan pon lebat. Sampai ada orang kata dia anak benggali. Bulu-bulu lain pon mungkin lebat jugak contohnya [mintak maaf ayat ini terpaksa dipotong, in order to preserve the innocence of this blog's readers - blog moderator].

Sebab parents dia masa tu kerja dan susah nak dapat orang gaji, budak tu di bela oleh arwah "mak" dia. Selang 3 bulan lepas lahirkan budak tu, mak kandung dia mengandung lagi. Tak menyempat yerr, gianproduktif sungguh ehem...ehem. Bila parents dia nak amik semula, "mak" yang bela tak mau kasik...nak jaga jugak. "Mak" tu kata biarlah dia jaga budak tu, lagipun parents budak tu tak lama lagi dapat anak lain. Maka budak tu pon duduk lah dengan "mak" dia. Pernah-lah mak kandong dengan "mak" budak tu macam bertegang leher sebab berebutkan budak tu. Nak buat macamana budak tu kan comei yang amat, semua berebut-rebut nak jaga :D. Sampai nangis-nangis... mak kandong dia nangis, "mak" dia pon nangis gak. Bila disuruh memilih, budak tu macam confused sikit - nak nangis sama ke? Oleh kerana tak nak mengecewakan kedua mak dia, budak tu ambik tindakan drastik jeng,jeng,jeng... dia ketap-ketap bibir! hihi. Lagipon, apa lagi yang dia mampu buat lagi (berapa banyak "lagi" daaa).

Ishhh, panjang sangat. Fast forward to the present, budak tu dah besar. Masih comei, masih ketap-ketap bibir. Tak caya? Ni haa gambor budak tu tahun lepas. Tengah posing pandangan makrifat.

GAMBAR TELAH DISEDUT KELUAR
[posing pandangan makrifat ke? rasanya macam posing pakaian ketat je...nauzubillah - blog moderator]
woii, tu zaman jahiliah arr
[ekk elehh, tak comei pong - blog moderator]
shut up you! Ko apa kes? Nak gaduh? JOM! lepas kerja, pukul 6 petang, parking lot...Aku tunggu kau!


And she loves watching theatre plays :
GAMBAR TELAH DISEDUT KELUAR
[ni posing sakit tengkuk ke? - blog moderator]



Gambor bawah ni pulak budak tu kat Bondi Beach, Sydney. Budak tu yang baring sebelah mat salleh pakai spendex purple. Bukan pompuan sebelah kiri yang pakai swiming suit polka dot aar. Pompuan yang baring sebelah kanan mat salleh tu lah. Haa, betul lah tuu...yang pakai bikini pink tuu, tak lain tak bukan budak tu. Sexy kan?


[second warning! pls dont tempt your readers with tantalising pictures. I have edited your picture. - blog moderator]


Comei kan budak tu. Oikkss, tak ke?
Tapi atuk bawah ni kata comei. Betul tak atuk?



Selain daripada budak tu yang sambut hari lahir pada hari ni, Penulis Blog Wanita Terbaik Geng Jurnal - Mak Andeh, juga celebrate harijadiknya hari ni. Tapi Mak Andeh lagi ancient and pre-historic aaarr hahaha (sebab Mak Andeh tak jengok blog ni, beranilah gelak) . Kiranya ramai gak lah orang fofuler dan comei-ayu-jelita-vogue the vast, yang lahir on 12th April. [link blog Mak Andeh boleh didapati dari hampir 80% komuniti Geng Jurnal... ini menunjukkan betapa fofulernya Mak Andeh - blog moderator]

Selamat Hari Jadi untuk budak tu. Budak tu kata kat pembaca blog ni tak payah susah-susah nak kasik hadiah, memadai sekadar ucapan do'a selamat. Tapi kalau nak sedekah geran tanah, dia sedia terima dengan baju hati terbuka. Bertambah afdal kalau dapat kasik Ramli MS, Ryan Giggs, Ako Mustapha, Bo Bice, Ramli MS, Hugh Grant, Ramli MS, Ramli MS. Sesungguhnya pemberian ini akan membuatkan budak tu beroleh ketenteraman abadi hihihi [merenyam-nyerrr...sental dengan berus dawai kang - blog moderator]

HAPPY 31st BIRTHDAY to budak tu.
Kau kenal tak sape? Alaaaa yang tuu...yang tuu tuu lah. Ha'ahh yg tuuuuuu, betul lah tuuu.

p/s: bila ditanya apakah istimewanya berumur 31 tahun?, budak tu pantas menjawab "ini bermakna lagi 24 tahun nak pencen....yeeehaaaaa!!!!"

Friday, April 08, 2005

happy belated birthday to...

Ramlan, my younger brother.
Ramlan dah 30 tahun, beberapa hari lepas.
(yerrrr!!! budak budak semua, kalau adik aku dah 30 tahun, semestinya aku pulak dah 30 tahun lebih :P)

Zaman kecik-kecik aku dengan dia dulu tak berapa ingat sangat, mungkin sebab orang lain bela aku dan Ramlan pulak dibela oleh parents aku. Tapi abah aku sampai sekarang selalu nyakat Ramlan sebab dia ni macam kememeh sikit kecik-kecik dolu. Dia takut dengan benggali. Tengok Harjit Singh Hullon baca berita kat RTM1 pun dia melalak tak tentu pasal. Cuba bayangkan macamana mak dengan abah aku nak tengok berita, dah lah dulu TV station ada 2 aje. Satu station baca berita in tamil/mandarin. Kalau satu lagu station, Harjit Singh yang baca berita...imagine sendirilah macamana parents aku digest berita dolu-dolu.

Masa sekolah rendah dia ni selalu dapat nombor 1 (macam kakaknya jugak lah...hihi). In fact dia lagi pandai dari aku. Malangnya naik sekolah menengah, dia buat perangai. Cikgu disiplin dah boleh hafal nama abah aku. Banyak kali kena denda antaranya kena rendam dalam kolah asrama. Kemuncak masalah disiplin dia, Form 2 kena buang asrama...huhu. Orang panggil dia "Kapla" kat sekolah menengah dulu. Kepala Samseng kot. Aku rasa saat gemilang masa jadik Kapla yang paling dia tak boleh lupakan ialah dia dapat ragging Yassin. Alaaa, Yassin yang nyanyi "Jangan Ya laila, Jangan Percaya...". Yer, Yassin penyanyi tu. Ramlan selalu bangga - "eleehh, masa kat sekolah dulu...adik pernah suruh Yassin panjat tangki air". Hawau sungguh.

2 bulan sebelum SPM, dia buat hal lagi. Tangan dia patah, jatuh tangga. Mak abah aku dah gila takut, macamana dia nak exam dengan tangan patah-patah tu. Sampai sekarang ada besi dalam tengan dia. Kekadang kalau mak aku suruh tolong buat kerja, ayat mengelat yang dia selalu guna "tangan adik ada besi ni, tak leh buat kerja...kang kilat sambar".

Nasib baik result SPM dia okay, walaupon tak boleh challenge result aku...ehekkss. Lepas habis SPM, Ramlan nak amik architecture. Dia ni memang pandai melukis, antara kebolehan dia yang aku envy. Tapi abah aku suruh read Law. Terbantutlah cita-cita dia nak jadik architect. Hampir-hampir kena extend sebab malas nak complete satu subject ni. Entahlah subject apa, bahasa arab agaknya...bebudak UIA tau lah kot. Aku rasa dia menyampah dengan subject tu.

Career-wise, al-hamdulillah okay. Ada firm sendiri. I'm so proud of him. Dah jadik peguam peguamcara dan peguambela. Aku pernah tolong isi borang untuk dia, kat profession tu aku tulis "peguam". Dia cakap, "ishh, adik bukan peguam lah! pekerjaan adik peguamcara dan peguambela." Sungguh lah nak lepuk-lepuk, debik-debik bila aku dengar.

CintanCintun-wise, aku pon tak tau dia masih bertunang lagi ke tak. Sebab aku dah tak boleh nak keep track dia punya on-off relationship dengan tunang dia.
"Love me unconditionally" tu yang dia nak dari tunang dia. Apa-apa lah. Aku tak kuasa nak masuk campur.

Ramlan ni kekadang perasan. Perasan hensem. Dia cakap kawan-kawan dia kata muka dia macam Shidi Deadmushroom(hubby Vanida Imran tu), kekadang macam Zed Zaidi. Aku mengiyakan "Memang sebijik macam muka Zed Zaidi....tapi Zed Zaidi punya kucing arrr". Atuk aku pulak kata muka dia macam Ryan Giggs. Of courselah atuk aku tak kenal siapa Ryan Giggs, tapi sebab poster Ryan Giggs terpampang kat bilik aku...dia ingat aku letak poster Ramlan.

Walaupon Ramlan bukan yang bongsu, tapi sampai sekarang Ramlan bahasakan diri dia "adik" sebab dia perasan bongsu hihi. Sebenarnya parents aku tak expect nak dapat anak lagi, so kitaorang semua panggil dia adik. Malangnya pil perancang keluarga ada sedikit tak berfungsi agaknya, maka mak aku kembali produktif...kih kih kih

Adik Ramlan, Happy 30th Birthday.


p/s: the truth is, muka awak ada lah sikit-sikit macam Shidi. Tapi lambaaaaaat sikitlah kalau Kak Melah nak ngaku depan awak! wagaga

Monday, April 04, 2005

lagu kanak-kanak

Ada insan kat tempat lepak aku dok cerita pasal lagu dodoi, "Suriram" yang Dayang Nurfaezah nyanyi. Entahlah, aku pon tak pasti masa bila Dayang nyanyi lagu dodoi ni, dia dodoikan sape?

Tapi lagu Suriram tu aku tau lah, masa aku kecik-kecik selalu gak nyanyi.
Suriram ram suriram
Suriram ku yang manis
aduhai suriram sayang
putih kulitmu kupandang manis


---

tapi lagu kanak kanak yang paling aku ingat sampai sekarang ialah:
malam yang sepi pi pi
pak mat jual topi pi pi
topi yang hilang lang lang
pak mat jual gelang lang lang
gelang yang patah tah tah
pak mat jual getah tah tah
getah yang putus tus tus
pak mat terus mampus pus pus


ada extended version, tapi aku dah lupa

---


lagu ni aku tak sure kau pernah dengar ke tak:
bang selebu keladi we we
hujan ribut mandi katun
sirih rampai pinang berseri
mintak tunjuk tangan kiri


pastu the other person akan tunjukkan tangan kiri dia yang digenggam, then budak yang nyanyi tu akan cuba bukak genggaman tangan tu. Rasanya kalau dapat bukak genggaman tangan tu, kira menang lah. Sungguh tak berkualiti permainan ni kan? har! har! har!

---

aku cuba nak ingat lagu ni, tapi tak ingat. tolong aku ingatkan, bebudak pompuan baya-baya aku sure pernah dengar lagu ni:
....merah, merah jelita
piaw piaw
<--- har!har!har! (i'm pretty sure i used to sing like this)
siapa yang baik hati
cinderella
lama-lama jadik katun
<---(okay, the "kartun" bit aku tak sure, tapi rasanya macam betul)

---

ni pulak arwah "mak" aku selalu nyanyikan utk aku, sebenarnya aku memang tak suka lagu ni:
Melah, Melot api padam
Melah kentut siang malam


Melah tu digantikan dengan nama sebenar aku. Ada ke patut aku kentut 24 jam?

---

rasanya lagu ni semua orang tau:
anak itik tok wi jatuh dalam kolam
sakit apa tok wi?
sakit sendi tulang
ubat apa tok wi?
ubat limau lelam....
(rasa macam tak betul aje lirik ni)

nampaknya tak semua orang yang tau.

---

how about this:
police sentry one two jaga
polis mati, pencuri jaga


tapi masa aku budak-budak aku nyanyi "polce entry". Rasanya makcik aku yang betulkan bukan "police entry" tapi "police sentry".

---

.....
bomba datang, api padam


lirik yang atas aku dah lupa

---

air pasang dalam
surut pukul lima
nyonya bangun pagi
siram pokok bunga
pokok bunga melur
tanam tepi kolam
itik bertelur
ayam mengeram


---

bapak ku pulang dari kota
bapak ku belikan kereta
kereta kecil warna merah
boleh kubawa ke sekolah

pon pon pon pon pon pon pon pon pon
kereta kecil ku berbunyi
marilah adik mari naik
boleh kubawa ke rumah nenek


akhirnya ada jugak lagu kanak-kanak yang aku ingat sampai sekarang :). Aku tak tau samada bebudak sekarang masih nyanyi lagi ke tak lagu-lagu yang aku nyanyi lebih 20 tahun yang dulu.