anjing
kalau nyah dia sebut lain sikit: HANJENG. Ikut suka kau lah nak sebut gaya mana, ikut kesesuaian peribadi kau.
Aku suka tnegok sekor anjing jiran aku nih. Apa yang buat aku suka kat dia, telinga dia kuncup, tertangkup, melekap kat bawah. Dengan bulu dia yang gebu. Aku tak tahu baka apa. tapi memang comei lah.setiap kali pagi nak pergi kerja, dia mesti melepak kat tengah-tengah jalan. Macam jalan tu dia punya. Macam dia jaga jalan tu. Macam tak de jalan lain dia nak baring posing maut. kereta dah sampai betul-betul depan dia, dia buat tak gheti nak alih punggong. Duk melopong tengok aku. macam cakap "hek eleh, kalau berani langgar lah aku!". Kalau tak honk, selagi tu dia duk buat pandangan makrifat kat aku. Sabar aje lah anjing sekor ni. Tapi sebab dia cute dan telinga dia tertangkup, buat aku jadik geram kat dia. Pernah tak kau rasa macam nak peluk-peluk anjing (ahhh mampuh, ada yang marah kat aku ni)
Kat tempat lepak aku, ada sorang brader ni pernah cakap "aku paling menyampah tengok kawan aku bila nampak anjing terus lari. mengelak macam ngeri sangat, macam keji sangat binatang tu"
Kalau kau, kau mengelak tak?. kalau aku lah, tengok anjing telinga kuncup tu, walaupun aku nak peluk-peluk, nak usap-usap sebab dia comel tapi aku tak akan buat. bukan sebab anjing tu binatang yang keji ke hapa (tak disebut dalam Al-Quran pon kan?), tapi tak de kerja aku nak menyusahkan diri aku nak menyamak tangan aku lak. Nak carik tanah semua. Mungkin nampak mudah, tapi bagi aku susah. Sebab aku dah banyak kali menyamak kasut aku masa aku kat Australia dulu. Nampak memanglah senang, carik tanah je lepas tu alirkan air. Tapi entahlah bagi aku kerja yang rumit. lagi bertambah rumit bila perasaan was-was masih ada. Maka dengan itu daripada aku merumitkan perasaan aku, baik aku mengelak aje daripada bertambah rumit.
Kepada anjing telinga kuncup tu... aku suka arrr tengok kau merenung aku dengan posing maut mu. Tapi aku lebih suka melihat mu dari kejauhan sahaja...ecewah