Friday, July 29, 2005

Remuk

Aku tengah baring-baring nak tidur. Ramzan baru balik dari mana entah, terus bergayut kat tepon. Tetiba abah aku menjerit dari living room. Beristighfar sambil jerit nama Ramzan.

Aku dah panik. Aku ingat abah aku sakit ke apa. Mak aku tengah sembahyang meluru keluar. Aku tengok abah dah berdiri tegak kat porch sambil urut dada. Then aku realised, kereta abah aku tak ada kat porch. ehh, pergi mana kereta abah?

Mak aku jerit "Ramzan!, apa awak dah buat nih?!"

Ramzan terlupa nak tarik handbreak, kereta tu menjunam keluar dari porch, langgar gate dan yang paling teruk sekali berdentum langgar tembok surau. Aku tengok pagi tadi tembok tu pon dah retak jadiknya. Nasib baik tak ada kereta lain depan surau masa tu, kalau tak, dengan kereta-kereta tu sekali habis kena langgar.

Abah aku dah naik darah tengok kereta baru dia remuk macam accident dengan lori. Ramzan dah pucat lesi. Dengar abah membebel kat Ramzan "Cuai... sambil lewa... dah cakap jangan guna kereta abah, nak jugak guna... kenapa tak mau guna kereta sendiri?... dah guna harta orang tu jagalah baik-baik". Mak suruh Ramzan pergi masuk bilik, ambil air sembahyang.

Pagi tadi masa aku nak pergi kerja, tengok abah dah okay sikit. Dia kata nak potong elaun Ramzan. Aku cakap nak bayar sikit kos membaik-pulih kereta dia.
Aku sebenarnya nak tambah lagi "abah, janganlah manjakan sangat Ramzan... nak kereta, kasik... kereta Ramzan tu dah berapa kali masuk workshop... abah bukan tak tahu kalau dia bawak kereta pecut macam kena kejar pontianak... duit minyak Ramzan sebulan aje dah berapa... lagipon dia student lagi, tak payah bawak kereta pun tak pe... mungkin kampus UIA tu jauh dari hostel, tapi bukan ke ada bas dalam kampus (aku assume lah)... "

Tapi aku tak terkata. Kalau aku cakap kang, nanti abah aku kata aku ni iri-hati pulak ;)

Tepon Ramzan tengahari tadi. Aku dengar suara dia sayu aje. Agaknya dia menyesal ataupun lepas kena marah. Aku pun tak sampai hati nak berleter, just tanya dia buat apa. Aku rasa dia pun remuk... remuk hati sebab buat abah sedih.

Friday, July 01, 2005

ngomel sorang-sorang

Sesak nafas aku baca assignment students aku. Diaorang ni main tangkap muat aje agaknya hantar assignment. Abstract, Isi, Kesimpulan, Bibliografi bercelaru. Yang lagi best-asbestos (AFUNDI Amylea asbestos), assignment 20 pages boleh dia hantar 5 pages aje. Mana aku tak sesak nafas. Sesungguhnya aku ni seorang yang tak sanggup nak fail kan students aku, tapi uwaaa uwaaaa tolonglah sesiapa jadik student aku tu jangan seksa aku macam ni.

Sekarang ni badan asyik letih aje. Balik kerja terus rasa nak tidor. Dah banyak kali terlepas Diari Akademi Fantasia (yerr, saya suka tengok AF... saya pun tak tahu kenapa). Semalam memang letih bangat, lepas sembahyang maghrib terus rebah. Tapi dalam rebah-rebah tu, sempat lagi mamai makan durian. yummm yummmy, sungguh aku tak tahan godaan durian itu. Hilang mengantok, hilang letih kerana durian. Patutlah tak ada jodoh dengan Will. Adlin Aman Ramli suka durian tak? "Adlin, aku tak boleh lah kalau aku tak suka kau. Kau ni species dari planet mana?" hihi.

Tengah cuba nak diet. Takut nanti tak boleh pulak badan aku masuk pintu rumah. Skirt dah mencengkam pinggang dan punggung. Arghhh, memang macam nangka bungkus. Ramlan suruh aku dengan mak join Fitness First sebab Cikgu Linda Jasmine pernah kerja kat situ. Ntah hapa hapa. Aku kata, rasanya mak tak diterima masuk Fitness First. Tapi Fatness First mungkin boleh kot. Ramlan gelak terkekeh-kekeh. Yaa ampun, mak. Mak sporting, dia pun gelak sama. Lepas tu mak aku kata rambut aku macam Amylea. Kembang semangkuk. Kira nak balas dendam lah ni. Mana ada rambut Melah macam Amylea!

oiksss, dah 5.25pm. Hari Jumaat pulak tuh. yehaaaa. Permisi, mau pulang duluk.