Thursday, September 29, 2005

saya suka awak



2.13am
...tapi saya hanya mampu tengok awak dari jauh. sebab ramai sangat yang usha awak. sebok aje org lain itu. saya tak pernah usha species awak sebelum ni sebab saya memang tak suka species awak pong, tapi pertama kali saya tengok awak saya terus jatuh hati. sebab awak simple dan menawan sekali.

tiba-tiba terbuka hati saya untuk mengenali awak. saya buka langkah pertama, dengan menyertai persatuan yang awak jadik ahli. saya memang terkejut dengan diri saya sendiri sebab sanggup lakukan perkara ini demi kerana awak, sebab saya memang tak pernah berselera nak join persatuan sebegitu apatah lagi untuk memikat jiwa species awak yang saya cukup sungguh tidak saya berkenan sebelum ini (meleretnya ayat nih... tunggang terbalik pulak tu). Mula-mula saya malu nak dekati awak, tapi saya gagahi juga hati saya yang meronta-ronta dek kerana panahan cinta yang membara ini untuk menyapa awak...ecewah. Saya menyapa dengan ayat yang bodoh sekali. awak buat tak kenal aje. sampai hati!. saya cuba menyapa dengan ayat yang sedikit kurang bodoh pulak. awak buat tak kenal jugak. sampai hati 2 kali ganda!. saya rasa sedih, sebab saya tahu siapalah saya ini. apatah lagi bila saya tengok awak dikerumuni oleh gadis lain buat saya rasa teramat-lah rendah diri. saya check balik semula diri saya, 5 kaki satu inci sahaja, no wonder memang rendah pong.

saya mula jauhkan diri saya dari awak walaupun hati saya masih cintakan awak. saya hanya mampu tengok awak dari jauh. sebab ramai sangat yang usha awak. sebok aje org lain itu. saya tak pernah usha species awak sebelum ni sebab saya memang tak suka species awak pong, tapi pertama kali saya tengok awak saya terus jatuh hati. sebab awak simple dan menawan sekali. (ehh dah pernah tulis perenggan ni)

malas ahh nak sambung karangan ni...(tapi kang tulis tajuk aje dengan hanya tepek gambor cincin, org ingat aku nak kawen pulak)

aku suka cincin tu. tapi mampu tengok dari jauh aje lah, sebab orang lain bid tinggi-tinggi. Budget aku terhad lagipun aku takut nak bid harga mahal, leh caya ke online auction ni? first time aku join online bidding sebab nak bid cincin tu. dan first time tergerak nak beli cincin, selama ni tak pernah pon minat nak beli barang kemas. tapi leh caya ke batu tu diamond? diamond bukan warna jernih ke? sebab tu aku bid bodoh-bodoh aje

tapi aku suka sgt cincin tu... huwwaaa. mampu tepek gambar pun satu kepuasan gak kan.