Thursday, March 17, 2005

perempuan mengimamkan lelaki?

Boleh ke? Boleh ye? Boleh ke? Boleh ye? Boleh ke?

Jadik imamatun tu aku tau lah boleh, bila mencukupi syarat tertentu dan makmum yang lain perempuan (dan kanak-kanak lelaki yang belum mumaiyiz - correct me if i am wrong)

Seorang perempuan tak boleh jadik imam untuk makmum lelaki dalam sembahyang, kan? Perempuan mengimamkan lelaki dalam sembahyang jumaat pun tak boleh, kan? Tidak sah khutbah jumaat jika yang baca khutbah seorang perempuan, kan? Dan salah satu syarat sah sembahyang Jumaat ialah didahului dengan 2 khutbah, kalau khutbah tak sah macamana sembahyang Jumaat tu nak sah? KAN???

Kemusykilan aku timbul bila aku terbaca tentang ni - Dr. Amina Wadud will be the first woman to lead a public and mixed-gender Jumah/Muslim Friday Prayer on Friday, 18 March 2005

Aku pelik. Aku tak pernah dengar sebelum ni. Atau aku seorang aje yang tak pernah dengar yang makmum lelaki boleh mengikut imam perempuan?

Could you enlighten me. Please.

Tuesday, March 08, 2005

caca marba

urggghh... gua tension beb, tension siot... wa cakap luuu
(bila tension, jadik rocker - rock tulang gitu)

Aku ada exam this week. Aku dah tak larat nak study. Actually banyak lagi yang aku tak study. Dah lah paper berkaitan dengan law. Lepas aku baca, tak sampai setengah jam aku dah tak ingat "subject matter" ni masuk dalam "Section" "Sub-section" mana. In fact kekadang subject matter tu pon aku langsung tak hingat. Buku dia tebal-tebal lak tu. Act, Rules, Guidelines... semua nak kena ingat. Dah lah aku study sensorang uwwaaaa.

---

Aku heran apasal orang suka jadik lawyer. Aku rasa diaorang ni kena paksa jadik lawyer, sebenarnya cita-cita nak jadik architect atau mungkin ahli kaji cuaca atau mungkin ahli bomba. Kesian, kesian... hik hik hik. Tapi kesian lagi kat aku, income lawyer ribu-riban. Income aku secipot aje, nak beli pencungkil gigi pon tak mampu.

Beberapa hari lepas aku dok lah baca case-case dalam Study Guideline.
Ada-lah pasal Kiah v. Odah & Anor. Pastu Pe'ah & Anor v. Tijah. Aku dok fikir, teruknya pompuan nama Cik Anor ni - banyak betol case dia. Sekejap jadik plaintiff, sekejap jadik defendant. Aku baru tau rupanya otak aku sengal bila aku nampak "Gayah & Anor v. Limah & Anor". Aik apasal Cik Anor ni boleh jadik plaintiff DAN defendant dalam case yang sama.

Aku ketuk bilik tuan lawyer, yang sebenarnya nak jadik architect tapi abah aku paksa gak read law (KAH KAH KAH):

Aku: Ramlan... Anor tu apa haa?

Adik aku: Anor?

Aku: legal term "Awang versus Jusoh & Anor" (Awang?Jusoh?... ni mesti kes orang terengganu)

Adik aku: ooohh ... Anor tu macam "Others". Ada lebih dari satu party arr

Aku: Kak Melah ingat Anor tu nama orang...hehehe

Adik aku: apa daaa... lembab. Woit, cara baca dia bukan "XXX versus YYY". Baca gini "BETWEEN XXX AND YYY".

Aku: Kak Melah bukan nak baca depan hakim pongggg! Apa kesah...
Apa beza federal constitution dengan federal law dengan federal legislation haaa?

Adik aku: Blah...bla..bla... gitu gini...blah blah

Aku: ohhh

Adik aku: paham?

Aku: TAK!

Adik aku: LEMBAB arr otak Kak Melah!

Aku: Tu aar... lembab, nak kena jemur otak ni kat ampaian

---

Heran aku kenapa orang suka jadik lawyer. Ehh aku dah tulis yer.
Aku tabik gak lah kat lawyer. Lawyer kat atas tu LEMBAB nak bayar hutang aku, aku tabik sikit aje

---

Islamic Capital Market.
Ni pon masuk dalam exam aku nanti. Masalahnya banyak perkataan arab yang aku payah nak ingat. kenapa diaorang tak leh letak term yang senang-senang haaa? kenapa nak letak perkataan arab gak? Al-Wakalah ler, Bai apa-ke-ntah Ajil lerr, Al-Murabahah lerr, Al- Mudharabah lerr...

Perkataan arab yang aku tau cuma "Al Mudah-Rebah". Al-Mudharabah aku tak pasti apa.

---

Aku rasa aku leh flunk exam ni. "MATI" aku. Orang kata, kalau orang nak mati ni...dia akan buang tebiat. Macam aku lah sekarang ni. Dah tau sah-sah "mati" masa exam nanti... aku pi layan buat benda alah kat bawah ni.

Korang try arr buat benda ni: The Advertising Slogan Generator

Aku letak perkataan "Ramlah", keluor slogan-slogan kat bawah ni:
1. A Different Kind Of Company. A Different Kind Of Ramlah.
2. What Can Ramlah Do For You?
3. Double the Pleasure, Double the Ramlah.
4. Tough on Dirt, Gentle on Ramlah
5. I Bet He Drinks Ramlah.
6. Did Somebody Say Ramlah?
7. Have Ramlah Your Way.
8. The Incredible, Edible Ramlah.
9. Ramlah Tested, Mother Approved
10. Get Serious. Get Ramlah.
11. Why have cotton when you can have Ramlah
12. Four out of Five Dentists Recommend Ramlah.
13. I Liked The Ramlah So Much, I Bought The Company!
14. Is Ramlah In You?
15. It's Different in a Ramlah.
16. Would You Give Someone Your Last Ramlah?
17. I Can't Believe It's Not Ramlah.
18. It's a Ramlah Adventure.
19. You Press the Ramlah, We Do the Rest.
20. Make Ramlah Yours.
21. Fall into The Ramlah.
22. The Real Smell of Ramlah.
23. Ramlah Saves Your Soul.
24. How Do You Eat Your Ramlah?
26. There's More Than One Way To Eat A Ramlah.
27. With A Name Like Ramlah, It Has To Be Good.

Nampak sangat aku tak de kerja gi tekan sloganize button tu banyak kali. Tapi hilang gak tension aku sikit.

---

Aku heran kenapa ada orang suka masuk law school. Oh yer, leh letak legal fees ribu-riban. (Kalau banker masuk law school jadik apa ehh? loan shark?)

---

Do'akan aku lulus leh? Aku pon nak gaji ribu-riban-riban ;)
Kau suka slogan yang mana?

Wednesday, March 02, 2005

remaja,duda dan janda

IPOH 28 Feb. - Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan membuka laman web khas bagi membantu remaja, duda dan janda Islam mencari jodoh pasangan kahwin mulai Jun depan.
-Utusan Malaysia-

Kena kasik mak aku baca ni. Dia suruh aku join online match-making. Haru sungguh kan?
Kadang-kadang aku tak tau nak gelak atau nak geram bila dengar usaha-usaha murni mak aku.

Ehh...ehhh, kenapa remaja, duda dan janda aje? Sure mak aku protes sebab golongan macam aku tak disasarkan... wagaga. Kepada kaum lelaki yang teringin nak tambah cawangan-cawangan-cawangan tu, bawak bersabar... anda pon bukan termasuk dalam golongan sasaran.