Saturday, June 18, 2005

chaperone Part II

Aku pulak jadik mangsa kemarahan sebab memikul tugas chaperone.

Ramlan pergi beli tiket sebab ada Travel Fair hari ni. Aku ingatkan lambat lagi dia nak beli tiket. Sekarang plan dah tukar. Instead of 3 negara aje yang memula kitaorang plan, dah jadik 5 negara because of the ticket. Dan 2 negara tu yang memang aku dah pergi. In fact aku dah berkubang kat situ. Tapi tak pe lah, boleh aku melawat semula tempat berkubang aku.

Adik aku yang bongsu, Ramzan kecik hati sebab dia tak dapat ikut sama. Aku bukan tak nak bawak, tapi aku memang sengkek lah. Kalau dia nak pergi, kena dapat sponsor daripada parents aku. Aku bolehlah tanggung sikit-sikit tapi full sponsorship, err akak papa kedana lah nanti deknon. Ramzan dah macam geram-geram kat aku. Kat aku aje yang dia geram, kat Ramlan dia tak geram. Mana aku tak geram.

Ramlan tak informed parents aku masa dia beli tiket. Tetiba abah aku panggil aku pasal benda nih. Aku pon cerita-lah. Then dia tanya siapa Yana? Aku ceritalah kawan pompuan Ramlan. Tapi Ramlan bagitahu abah aku yang Yana tu kawan pompuan aku. Ehh? Ni yang bertambah aku geram!.

Abah aku marah aku sebab dia kata membelakangi dia bila buat keputusan. Aku yang kena sebab Ramlan tak de kat rumah. Aku cakap ni plan Ramlan, bukan plan aku. Mana lah aku tau tetiba si Ramlan tu nak beli tiket hari ni. Abah kata sebenarnya dia tak kisah pon kalau Ramlan nak gi travelling dengan Yana berdua. Tapi dia marah aku sebab aku sanggup amik cuti 3 minggu untuk gi melancong. Dah lah aku baru join company nih. Ditambah pulak lecturing job yang aku buat part time tuh. Ramlan tu lainlah, sebab abah kata Ramlan tu kerja sendiri, firm sendiri. Boleh buat apa dia suka. Dia kata keputusan aku tak wajar. Aku cakap aku ambik unpaid leave lagipon department aku ni tak kisah sangat. Tak de problem untuk department aku untuk tak luluskan. Melainkan kalau aku ditukarkan ke department lain dalam tempoh 2 bulan akan datang. Kalau aku ditukarkan dan tak dapat cuti, burn aje lah duit tiket tu. Part time lecturing tu, aku boleh turn down the offer bila-bila masa. Macamlah tak de lecturer lain, universiti tu nak ambik. Biarlah Ramlan dan Yana pergi berdua, apa susah. Memandangkan parents aku dah tak kisah. Pastu mak aku marah-marah aku, kata aku buat keputusan melulu buat rugi aje duit tu nanti. Aku dah geram masa ni, aku cakap "kalau Melah tak jadik pergi, Melah yang rugi sorang. Melah tak pinjam pon duit sesiapa... kenapa nak marah-marah Melah ni". uwaaa uwaaa.

Sedih aku tau. Sedih aah orang geram, marah-marah aku. Kang aku tak balik Malaysia kang, lari dari rumah kang. :p

Friday, June 17, 2005

chaperone di musim sebelum winter

Ramlan nak melawat Europe dengan kawan pompuan dia. Tapi dia takut mak tak kasik. Aku cakap kat dia suruh discuss dengan mak dulu. Kalau mak tak kisah, pergilah berdua. Tapi kalau mak membantah, aku join lah. Ramlan kata kalau dia pergi berdua sure mak aku pelangkong halau tak balik Malaysia pulak kang. Dan yang paling dia tak larat, sure mak aku ingat dia ada hubungan istimewa dengan kawan pompuan dia tu. Nanti harapan kembali berputik untuk mak aku pergi tempah dewan nak buat majlis persandingan.

Aku sarankan pergi dengan kawan lelaki. Tapi Ramlan kata semua kawan baik dia yang lelaki dah kawen. Kesian.

Maka aku lah jadik mangsa, diajak jadik chaperone diaorang berdua. Kesian. Kesian sungguh nasib diri ku. Sebenarnya malas nak pergi, sebab aku ni sengkek. Tu pon dia suruh aku support dia, mangkuk tingkat betul!


Aku: eh Akademi Fantasia dah habis ke masa tu?

Adik aku: kita nak pergi bulan sembilan lah! AF habis bulan depan!

Aku: oooh... tak suka lah bulan 9. Kalau pergi musim bunga lawa sikit

Adik aku: bulan 9 musim apa?

Aku: bukan musim winter. Winter macam bulan 12 gitu.

Adik aku: so bulan 9, musim apa?

Aku: musim sebelum winter lah! bukan musim bunga!




Bulan 9 musim apa ehh? Autumn kan? hihi. Lupa dah.