Monday, November 29, 2004

Tipah! Ke sini kamu!

edited
Meh sini, Kak Melah nak piat-piat hujung dagu kamu. ehh, apasal nyorok dalam kotak kasut tu...ke sini kamu! SINI!...terkedek-kedek jalan, macam siput patah sesungut...dekat lerr lagi...lagi...LAGI!

Geram dah ni, nak kena sedut jugak si Tipah ni. *ggrrrrrrrrr...sambil lipat lipat lengan baju ke siku*

Kak Melah kasik url blog ni, ingatkan hang nak terus letak kat link kengkawan hang yang berderet tu. Apasal hang meraban tulis kat blog hang pasal aku tu? Gua mau low-profile lerr.

Alaaaa Tipah! Idola apa lak ni? Hang banyak sangat tengok pilem IDOLA Normalang Samsudin ka? senggugut betul lah hang ni...keh keh keh. Tipah, tak sesuweiii langsung lerr apa yang hang tulis pasal Kak Melah tu. This is trashy, tabloid, idiotic, exploitive nonsense, boring blog - tak leh dijadikan idola. Ebola mungkin boleh rasanya...keh keh keh.

Haa Nizam Zakaria Limau Nipis' blog tu mungkin Tipah leh jadikkan idola kot. Gila kuasa, asyik nombor satu kat MalaysianTopBlogs...keh keh keh. sorry Nizam, whoever you are. Mungkin Tipah pun kena hidangkan air limau nipis untuk pembaca blog tipah (dah banyak kali Kak Melah pesan, tak gheti gheti nak buat?!).

aaaa....dagu hang dah cukup Kak Melah piat-piat. Lekuk dah tu. Kalau dagu Siti Nurhaliza tak cukup lekuk nanti, dia leh sewa dagu hang untuk stageshow dia.

post script: take care, and stay bubbly. Lain kali, sila tulis sebuah karya agung tentang diri ku ini yer :p

pukul 3 pagi...

aku masih tak tidur lagi!

Aku heran lerr dgn mata aku ni. Bila esok kerja, mesti susah nak tidur. Tapi bila esok public holiday, mesti laju aje aku terlena. Syndrom apa ni? syndrom tertidur kat tempat kerja agaknya. So far baru sekali aje aku tidur kat office, sebab aku dah gila mengantuk. Alaaa, 10 minit aje aku lelapkan mata. 10 minit aje? bagi korang yang dah biasa buat, sure kata "ek elehhh, kejap aje tu. Tu pon nak kepoh ke". Woitt, aku baru join company ni sebulan lebih lerr, kena control ayu sikit. Nanti dah lama lama, aku bantai ler lelapkan mata berkurun sikit, macam Mr YH kat cubicle sebelah aku. Siap boleh berdengkur lagi.

Aku rasa nak tukar ke cubicle lain lah, sebab cubicle aku tu org lain selalu lalang lalang. Kalau cubicle yang tersorak sikit, kan besh. Macam cubicle Ms I tu. Dah lerr tersorok, leh nampak pulak pemandangan kat luar tingakap. Eiiii, itulah cubicle idaman aku.

weiii Melah, cubicle pon kau boleh syok ke?

Esok aku dah plan nak tidur masa lunch hour. Tak mau tidur kat surau company, nanti officemates aku nampak kesian org lain nak beribadah. Kena pergi bangunan sebelah ler nampaknya. Kat situ ada port aku untuk tidur masa lunch hour. Ahakss, kat mana tu?

"Tilam ku emas, cadarnya intan...berbantal lengan tidur ku".
Ewahhh, lagu cindai pulak pagi pagi buta ni. Sebenarnya nak letak lagu "Pukul 3 pagi", tapi tak tau lirik pulak...keh keh keh.

Tuesday, November 23, 2004

update

Lama pulak aku tak update. Ewahhh, macam lerr banyak sangat entry aku sebelum ni.

PC aku conked out. Monitor meletup. Hantar balik kat kedai PC yg aku beli. Nasib baik ada warranty. Tapi gila lama nak repair, sampai sebulan setengah. Nyampah aku.

Balik kerja tadi, adik aku tengah dok melekap depan PC aku.

Aku: ehh, tak de PC sendiri ke? *dgn nada nyekit*

Adik aku: adaaaaaaaaaaaa (cheh, nyekit semula)

Aku: dah tu, awat melekap kat PC ni?

Adik aku: nak guna internet sat

Aku: lepas isya', akak nak guna PC ni

Adik aku: mak kata nak gi beraya rumah Acik sebelah lepas isya'. dia suruh Akak raya sekali

Aku: aaa, lepas maghirb nak guna PC.

Adik aku: ni kan dah maghrib

Aku: aaa, nak guna sekarang lerr...dah dah, pi semayang

Adik aku: kedekut betol!!!

Aku: suruh buat networking tak mau, haaa padan lerr muka!


aku pon godeh-godeh lerr kejap internet. Tetiba "syyriiiinnnngggg" bunyi YM alert.

X: oittt
X: hehehehe
Aku: oitttt
X: hang buat mende?
Aku: ada lerr sikit sikit tgk tu ni
Aku: tu gambar hang ke?
X: tak kan tak kenal muka aku
Aku: mana aku nak kenal...ni YM adik aku..ehh, hensem gak hang yerr...wakakaka
X:haaa?


*jerit dari dalam bilik*
Aku: weiii, kawan hensem sape kat YM ni?

Adik aku: siooottttt!!!

Aku: haa! ngelabah! lain kali log out lerr


berdentum dentum adik aku turun tangga. Gabra lerr tu. keh..keh..keh...