Mungkin Chapter 1 kot
post di bawah ditulis pada 13 April 2005, tetapi terlalu ngeri untuk dipublish pada ketika itu
---
Aku tengah tengok TV dengan Ramlan kat living room. Orang lain semua dah tidur. Tetiba Ramlan cakap dengan suara perlahan kat aku. Ni apehal main bisik-bisik ni, dah lah cerita pasal kawan dia.
Adik aku: pagi tadi abah tanya pasal kawan adik, XXX.
Aku: XXX? yang mana satu?
Adik aku: Yang datang rumah kita baru ni
Aku: ooohh...yang tu. Kenapa dengan dia?
Adik aku: abah kata dia suka tengok perangai XXX, nampak baik aje. Hormat orang tua. Tak macam sorang lagi kawan adik,YYY, kalau datang terus masuk bilik adik
Aku: Dah tu, tak kan nak terjah bilik mak pulak. Dah kawan awak, dia masuk lah bilik awak
Adik aku: yerr lah, kiranya XXX tu selagi tak disuruh masuk, dia duduk jer kat luar
Aku: oooo
Adik aku: abah suruh kenalkan XXX kat Kak Melah
(pastu Ramlan gelak-gelak)
Aku: sengal betul (cakap perlahan je)
Terbantut mood aku nak tengok Amazing Race. Aku tak tau lah apa lagi yang abah aku bincang dengan adik aku, aku pasti sangat-sangat perbualan abah dgn Ramlan lagi panjang.
Geram dengan abah. Malu dengan Ramlan.
Aku tak boleh bayangkan nak berkenalan dengan kawan baik adik sendiri. Euuuwwww. Apa tah lagi nak bayangkan keadaan-keadaan seterusnya selepas perkenalan itu...euuuwwww. Macam bayangkan Nasrul bercinta dengan NoRE hahahaha. Kalau dah kenal, tersuka, nanti ternikah, lepas tu terdapat anak... huhu... tapi sebelum nak dapat anak tu kena ter*tuuuuut* dulu... euwwww. Mana boleh! Mana boleh bayangkan tu semua. Kau dan kawan adik kau tak boleh bersenggama. Macam tu gak mak dengan bapak kau tak bersenggama. Aku tak kira aaa macamana aku adik beradik dilahirkan tapi mak bapak aku tak bersenggama... huarrr huarr... jiran sebelah rumah aku pon tak bersenggama. Kalau adik-adik aku kawen nanti pon, diaorang tak bersenggama walaupun beranak piiiinaaaaaaaaak aku dapat anak sedara. Makcik pakcik aku tak bersenggama. Yang bersenggama ni Angelina Jolie dengan Brad Pitt. Erra Fazira danAwie Yusry. Orang yang rapat dengan aku dan ada pertalian dengan keluarga aku tak bersenggama... aku tak kira aaa macamana depa membiak dan menambah baka, tapi aku tak pernah membayangkan depa bersenggama. Macam tu gak aku dengan kawan adik aku tak mungkin bersenggama... huarrrrrrrrrrr.
Aku tak tau lah kau, tapi bagi aku kawan-kawan adik aku ni off limit. Rasa janggal. Adik aku pon sure rasa janggal. Kenapa abah aku tak rasa kejanggalan nye yer?
---
Aku tengah tengok TV dengan Ramlan kat living room. Orang lain semua dah tidur. Tetiba Ramlan cakap dengan suara perlahan kat aku. Ni apehal main bisik-bisik ni, dah lah cerita pasal kawan dia.
Adik aku: pagi tadi abah tanya pasal kawan adik, XXX.
Aku: XXX? yang mana satu?
Adik aku: Yang datang rumah kita baru ni
Aku: ooohh...yang tu. Kenapa dengan dia?
Adik aku: abah kata dia suka tengok perangai XXX, nampak baik aje. Hormat orang tua. Tak macam sorang lagi kawan adik,YYY, kalau datang terus masuk bilik adik
Aku: Dah tu, tak kan nak terjah bilik mak pulak. Dah kawan awak, dia masuk lah bilik awak
Adik aku: yerr lah, kiranya XXX tu selagi tak disuruh masuk, dia duduk jer kat luar
Aku: oooo
Adik aku: abah suruh kenalkan XXX kat Kak Melah
(pastu Ramlan gelak-gelak)
Aku: sengal betul (cakap perlahan je)
Terbantut mood aku nak tengok Amazing Race. Aku tak tau lah apa lagi yang abah aku bincang dengan adik aku, aku pasti sangat-sangat perbualan abah dgn Ramlan lagi panjang.
Geram dengan abah. Malu dengan Ramlan.
Aku tak boleh bayangkan nak berkenalan dengan kawan baik adik sendiri. Euuuwwww. Apa tah lagi nak bayangkan keadaan-keadaan seterusnya selepas perkenalan itu...euuuwwww. Macam bayangkan Nasrul bercinta dengan NoRE hahahaha. Kalau dah kenal, tersuka, nanti ternikah, lepas tu terdapat anak... huhu... tapi sebelum nak dapat anak tu kena ter*tuuuuut* dulu... euwwww. Mana boleh! Mana boleh bayangkan tu semua. Kau dan kawan adik kau tak boleh bersenggama. Macam tu gak mak dengan bapak kau tak bersenggama. Aku tak kira aaa macamana aku adik beradik dilahirkan tapi mak bapak aku tak bersenggama... huarrr huarr... jiran sebelah rumah aku pon tak bersenggama. Kalau adik-adik aku kawen nanti pon, diaorang tak bersenggama walaupun beranak piiiinaaaaaaaaak aku dapat anak sedara. Makcik pakcik aku tak bersenggama. Yang bersenggama ni Angelina Jolie dengan Brad Pitt. Erra Fazira dan
Aku tak tau lah kau, tapi bagi aku kawan-kawan adik aku ni off limit. Rasa janggal. Adik aku pon sure rasa janggal. Kenapa abah aku tak rasa kejanggalan nye yer?
