Thursday, February 24, 2005

cuba tepek gambor

Chicken Affair

Monday, February 21, 2005

Selamat Hari Kekasih

ehh, bukan hari ni yer? dah lepas yer? 14 February yer?
Kang aku ucapkan on 14th February, org membebel kata kenapa mesti 14 Feb? kenapa tak hari hari? kenapa tak hari lain?... So, hari ni boleh tak? ehekk
Aku tak pernah sambut Valentine's Day, tapi aku tak kisah pon orang nak sambut. Ada orang kata dosa. Aku bukan kerja mengira pahala dosa orang.

Aku nak tepek kisah romantik. Aku tak kenal insan dalam kisah romantik ni. Kisah ni tersebar kat email. Tak tau lah kot-kot kisah ni diambil dari blog orang. Sesiapa tuan punya cerita ni, kalau terbaca sila claim credit anda. Untuk sementara waktu kita namakan dia "Bedah Redah".



Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat aje aku suka balik umah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan dengan lebatnya... So? aku tumpang office mate aku sampai depan umah. Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak amik aku pukul 2.30 petang...

Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku mandi dan semayang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang amik aku. Jam dah kul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai sampai lagi...office masuk kul 2.45 ptg.

Tunggu punyer tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! Keter proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan punyerlah lebat... so aku amik surat kabo lipat tebal tebal takut tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun... pasal rumah aku berbukit.. aku kene berlari hati hati..

Sampai aje kat keta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi kenapa akak tu tak jalan. Aku toleh kat sebelah... Ler... rupanya orang lain!!!! Aku tengok orang tu.. orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi...

Ish... saper ni?! Camana aku boleh silap ni... abih tu.. kat luar ujan lebat.. takkan aku nak kuar.. aku dengan muka macam kerang busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?"

Abang tu pun... tak jawap apa2 agaknya pasal masih tergamam lagi.. terus angguk.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing masih gabra lagi.. Aku lagi ler gabra. EnTah keter sapa aje aku main redah. Aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek ngan taik... Aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku tak pengsan pun.

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap tima kasih. Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya amik aku. Bila kakak tu sampai dia tanya aku,
"Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"

Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu cerita 3tahun lepas... skang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah jadi suami aku He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. Aku pun tanya kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata dia nak amik beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk..... He..he..he.. sampai skang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kureng tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami aku yang sowang nih? ihiks!!



Tak romantik ekk cerita ni? Perhatian...perhatian, romantik bagi aku tak semestinya romantik bagi kau. Tak ada kena mengena dengan Hari Kekasih yer? Siapa kata ada kena mengena.

Selamat Hari Kekasih kepada yang hensem, yang botak, yang hidung kembang, yang ayu, yang seksi, yang sental botox, yang ada panau... kepada semua arrr, aku tak pilih kasih hik hik


latihan hari isnin: apa moral of the story daripada cerita Bedah Redah tu?

Thursday, February 10, 2005

pilih kasih

pernah tak terfikir, ibu-bapa kadang-kadang ada tendency pilih kasih ke atas anak-anak. Kalau anak tunggal, mungkin kasih tu tertumpu pada si anak sorang. Kalau anak ramai, macamana? Emosi tu dibahagi dengan saksama ke? Sedangkan orang lelaki yang berpoligami pon susah nak berlaku adil ke atas isteri dari segi emosi (dari segi material mungkin boleh). So ibu-bapa pon berkemungkinan begitu jugak kan?

Dah tentu kalau tanya ibu-bapa, mereka akan kata tak. Tak ada pilih kasih. Semua anak dilayan dengan kasih sayang yang tak berbeza. Tak lebih, tak kurang.

Entahlah, aku pon tak tau. Aku bukan ibu. Aku cuma anak.
Kadang-kadang aku terfikir. Kadang-kadang aku terasa.

note to self: cuba selami perasaan mereka pula

Wednesday, February 02, 2005

I want to marry Ryan Giggs

berita sukan: Manchester United 4, Arsenal 2.
yadebadebu
Ryan Giggs menjaringkan salah satu goal untuk Man Utd
yadebadebu


Tajuk di atas "I want to marry Ryan Giggs" sebenarnya adalah tajuk pementasan teater. Aku masih simpan leaflet pasal teater tu, in fact tersembul kat kaca almari buku aku.

Kerana Ryan Giggs(dan Man Utd) aku sanggup applied univ kat Manchester, to the annoyance of my father. Bilik aku penuh dengan poster Ryan Giggs, to the annoyance of my mother. Aku sanggup beli tiket nak tengok Man Utd main kat Old Trafford, menghabiskan duit sponsor aje (note to self: hutang sponsor bila nak bayar?). Duvet aku gambar Ryan Giggs (yup, aku tidur dengan Ryan Giggs... wagaga), mug aku ada kepala Ryan Giggs, jersey Man Utd aku bertatahkan nama Ryan Giggs...oppsss tak, sebab aku beli jersey murah.

Yup, aku minat Ryan Giggs. Minat gila-gila-gila kuasa 8. Dulu-lah, sekarang ni mungkin minat gila-gila kuasa 2 aje. Sekarang dah tak ada masa nak tengok bola, dan dah tak ada geng. Dah tak tau sangat perkembangan terkini. Yang aku tau Giggsy masih hairy...huhu seksi.

Satu aje yang aku terkilan... terkilan tak berpeluang tengok Giggsy beraksi kat World Cup. Mungkin dia pon terkilan juga....uhuuukkksss.

From now on, i hope Giggsy and Co. could win every game and will lift up the EPL trophy eventually. But then, they could win every game and not win the title. It's all depend on Bruce Blues Almighty (perghhh... macamana Chelsea baru bolos 8 gol aje ehh)