Friday, September 15, 2006

lerr patutlah tak de orang comment

aku tak tau yang aku pergi set comment moderation. lagi aku tak tau yang aku kena approve kan komen-komen tu sebelum di publish.

dan tadi bila aku tengok comment-comment yang masuk, ada lebih 50. Wow banyaknya!
Dan 42 komen-komen tersebut adalah seperti berikut:

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ini. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA.Sistem menjana wang secara automatik. pendaftaran percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini


Terharu bila aku baca the first para. Rasa macam kawen dengan Datok selain daripada Datok K dan Datok R. Rasa macam dapat hantaran berjuta-juta. Tapi bila baca second para... WOIII... SAPE PUNYE KERJA NI HANTOR KOMEN SAMPAI BERPULUH-PULUH SURUH AKU MASUK SKIM NI??? MENTANG-MENTANG TAK DAPAT NAIK KERETA KUDA KELILING KLCC, DIA PI HANTAR KOMEN-KOMEN NI KAT AKU!

okay... macamana nak disablekan "comment moderation"? Ajar aku, nanti aku belanja buah cempedak di luar pagar.